• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester City Setuju Dapatkan Enzo Fernandez Dengan Nilai £125 Juta
02 September 2026 | 12:08 PM

Manchester City Setuju Dapatkan Enzo Fernandez Dengan Nilai £125 Juta

LONDON - Manchester City dilaporkan mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez dengan nilai perpindahan £125 juta (RM682.6 juta), sekali gus menyamai rekod perpindahan tertinggi Britain.

City dikatakan sudah memburu pemain antarabangsa Argentina itu sejak beberapa bulan lalu dan kini semakin hampir melengkapkan perpindahan berkenaan pada hari terakhir jendela perpindahan.

Yuran £125 juta itu menyamai jumlah yang dibayar Liverpool kepada Newcastle United untuk mendapatkan penyerang Sweden, Alexander Isak, tahun lalu.

Pengendali City, Enzo Maresca, sebelum ini pernah bekerjasama dengan Fernandez ketika kedua-duanya berada di Chelsea sebelum beliau meninggalkan Stamford Bridge pada Januari dan mengambil alih pasukan berkenaan pada awal musim ini.

Maresca dilaporkan mahu memperkukuh jentera tengah City selepas kehilangan beberapa pemain utama, termasuk Rodri yang berpindah ke Barcelona, selain Bernardo Silva, Nico Gonzalez dan Tijjani Reijnders.

Fernandez, 25, dijangka membentuk gandingan baharu di bahagian tengah City bersama pemain England, Elliot Anderson dan pemain Maghribi, Ayyoub Bouaddi.

Anderson menyertai City dari Nottingham Forest dengan nilai £116 juta (RM633.4 juta), manakala Bouaddi pula dibeli dengan harga £86 juta (RM469.6 juta), sekali gus menjadikannya pemain remaja termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spekulasi mengenai perpindahan Fernandez semakin hangat selepas pengurus Chelsea, Xabi Alonso, tidak menyenaraikan pemain itu dalam skuad bagi dua perlawanan terakhir.

Fernandez menyertai Chelsea daripada Benfica dengan nilai £106 juta (RM578.8 juta) pada 2023.

Pemain tengah itu sebelum ini mencetuskan kontroversi di Chelsea selepas menyatakan minat untuk menyertai Real Madrid pada musim lalu, yang menyaksikan beliau digugurkan daripada skuad bagi dua perlawanan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok