• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Angka Korban Banjir Nepal Meningkat Kepada 903, Lebih 4200 Masih Hilang
01 September 2026 | 10:43 AM

Angka Korban Banjir Nepal Meningkat Kepada 903, Lebih 4200 Masih Hilang

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) – Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang membawa kemusnahan di Nepal meningkat kepada 903 orang, manakala kira-kira 4,247 lagi masih belum ditemukan, menurut angka terkini pihak kerajaan.

Menurut portal berita The Kathmandu Post, Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) dalam kemas kini carian, penyelamat dan bantuan yang dikeluarkan pada 9 pagi Isnin memaklumkan bahawa 903 mayat, termasuk cebisan mayat, telah ditemukan di beberapa daerah yang terjejas banjir.

Chitwan merekodkan jumlah penemuan mayat tertinggi iaitu 272, diikuti Nawalparasi Timur dengan 207 dan Nawalparasi Barat dengan 151. Nuwakot pula melaporkan 95 mayat ditemukan, Gorkha 62, Dhading 55, Tanahun 37 dan Rasuwa 24.

“Kebanyakan mayat terus dijumpai beratus-ratus kilometer di hilir sungai selepas arus banjir yang deras membawa mangsa dan sisa runtuhan di sepanjang laluan sungai,” lapor The Kathmandu Post.

Jumlah penduduk yang dilaporkan hilang meningkat mendadak, dengan Nuwakot merekodkan 1,558 orang belum ditemukan manakala Rasuwa sebanyak 865 orang. Selain itu, 933 individu yang dikaitkan dengan projek hidroelektrik, 592 warga asing dan 127 rakyat tempatan yang mengiringi pelancong asing masih hilang.

Kerajaan memaklumkan 267 orang mengalami kecederaan, dan 156 daripada mereka telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan. Enam pasukan perubatan pembedahan khas telah dihantar ke kawasan yang paling teruk terjejas.

Operasi mencari, menyelamat dan menyampaikan bantuan telah dipertingkat, dengan 20,819 anggota keselamatan ditempatkan di seluruh daerah terjejas, merangkumi 8,722 anggota Tentera Nepal, 7,894 anggota Polis Nepal dan 4,203 anggota Pasukan Polis Bersenjata.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa 10,451 orang telah diselamatkan setakat ini.

Operasi udara memainkan peranan utama, dengan 411 penerbangan helikopter dilakukan setakat ini (termasuk 17 penerbangan hari ini). Penyelamatan udara oleh Tentera Nepal merangkumi 3,344 rakyat tempatan dan 252 warga asing, termasuk 15 warga China dan tujuh warga India yang dipindahkan dari tapak hidroelektrik pada Ahad.

Sementara itu, Polis Nepal beralih kepada pemprofilan DNA untuk mengenal pasti mayat dan cebisan badan yang ditemukan berikutan banjir Sungai Bhote Koshi, serta menyeru saudara mara terdekat mangsa warga tempatan dan asing yang hilang untuk menyerahkan sampel DNA bagi tujuan padanan.

Dalam hantaran di Facebook, Polis Nepal meminta waris terdekat, bapa, ibu, anak lelaki atau anak perempuan kepada individu yang hilang supaya menyerahkan sampel DNA untuk dipadankan dengan sisa mayat yang dijumpai.

Bagi waris di Nepal, sampel darah segar boleh diserahkan untuk pemprofilan DNA di Makmal Patologi Hospital Polis Nepal di Maharajgunj, Kathmandu, atau Pejabat Polis Daerah terdekat.

Waris yang menetap di luar negara pula diminta menjalani pemprofilan DNA di makmal bertauliah di negara kediaman masing-masing dan menghantar salinan lembut profail DNA itu kepada Polis Nepal melalui emel dnacodis@nepalpolice.gov.np bagi tujuan padanan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok