• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool buru lebih ramai pemain sayap, Barcola semakin hampir ke Anfield
28 August 2026 | 10:44 AM

Liverpool buru lebih ramai pemain sayap, Barcola semakin hampir ke Anfield

LIVERPOOL - Liverpool mengesahkan mereka masih berusaha memperkuatkan posisi sayap, ketika kelab itu dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan untuk mendapatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola.

Pengurus Liverpool, Andoni Iraola berkata, usaha kelab mendapatkan pemain di posisi berkenaan bukan lagi rahsia, terutama selepas Mohamed Salah meninggalkan Anfield.

Sumber yang rapat dengan rundingan memaklumkan perbincangan antara Liverpool dan juara Eropah itu berada di landasan yang positif, dengan pakej perpindahan Barcola dilaporkan boleh mencecah £120 juta (RM680 juta).

Selain Barcola, Liverpool turut dikaitkan dengan pemain Brighton, Yankuba Minteh dan penyerang Crystal Palace, Ismaila Sarr.

"Kami tidak boleh bercakap mengenai pemain yang ketika ini bukan milik kami, tetapi memang jelas kami sedang cuba memperkuatkan atau mengisi posisi itu kerana kami tidak mempunyai jumlah pemain yang mencukupi," kata Iraola pada sidang media praperlawanan menjelang aksi pertama di laman sendiri menentang Nottingham Forest.

"Saya harap kami mendapat berita baik tidak lama lagi, tetapi kami masih belum sampai ke tahap itu."

Jika Barcola menyertai Liverpool, perpindahan itu berpotensi membuka ruang kepada Cody Gakpo untuk meninggalkan Anfield.

Gakpo, yang menjaringkan gol ketika Liverpool seri 2-2 menentang Newcastle pada hujung minggu lalu, dilaporkan menjadi sasaran Manchester City dan Tottenham.

Iraola bagaimanapun enggan memberi jaminan mengenai masa depan pemain antarabangsa Belanda itu selagi jendela perpindahan masih terbuka.

"Apabila jendela perpindahan masih terbuka, anda tidak boleh menjamin apa-apa dengan sesiapa. Anda tidak pernah tahu siapa yang akan tiba," katanya.

"Saya ingin tahu bagaimana jendela perpindahan ini berakhir, tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada mana-mana pemain kami. Saya tidak boleh menjamin apa-apa."

Dalam aksi menentang Newcastle, hanya pertahanan tengah Jeremy Jacquet, yang perpindahannya sudah dipersetujui sejak Januari, menjadi pemain baharu Liverpool yang diturunkan dalam kesebelasan utama.

Ronald Araujo dan Victor Munoz pula tampil sebagai pemain gantian di St James' Park.

Iraola berharap jendela perpindahan dapat ditutup selepas minggu depan supaya beliau mempunyai gambaran jelas mengenai skuad yang akan dibimbingnya.

"Saya akan berasa lebih selesa pada 2 September apabila mereka memberitahu saya, 'Inilah pasukan kami, inilah pilihan yang kami ada' dan selepas itu kami boleh mula memikirkan pemain untuk posisi berkenaan," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan sudah lama membincangkan keperluan pasukan dan kini hanya menunggu usaha rundingan perpindahan diselesaikan.

"Saya sudah mempunyai gambaran mengenai apa yang saya mahukan, kami sudah berbincang sejak awal dan mereka juga tahu apa yang kami mahu, kemudian ia hanya bergantung kepada usaha menyelesaikan urusan perpindahan.

"Anda mungkin fikir saya boleh menghidu siapa yang bakal kami tandatangani atau posisi mana yang akan diperkuatkan, tetapi pengalaman menunjukkan jika ada peluang pada hari terakhir, kita ambil peluang itu," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok