• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Martinez Ditawarkan Kepada Chelsea, Mahu Tinggalkan Aston Villa
27 August 2026 | 01:41 PM

Martinez Ditawarkan Kepada Chelsea, Mahu Tinggalkan Aston Villa

LONDON - Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez ditawarkan kepada Chelsea ketika kelab London itu sedang menilai pilihan baharu di posisi berkenaan.

Martinez, 33, dilaporkan mahu meninggalkan Villa Park selepas beberapa musim bersama kelab itu, namun usaha untuk berpindah ke Juventus sebelum ini gagal direalisasikan.

Juventus dilaporkan mengemukakan tawaran awal £6 juta (RM32.85 juta) untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Argentina itu pada awal bulan ini, tetapi rundingan berkenaan tidak mencapai kata sepakat.

Situasi Martinez di Aston Villa turut berubah selepas kelab itu menandatangani penjaga gol Jepun, Zion Suzuki, yang kini bersaing bersama Marco Bizot untuk merebut tempat utama.

Pengurus Villa, Unai Emery, sebelum ini mengesahkan Martinez sekali lagi menyatakan hasrat untuk mencari cabaran baharu dalam kariernya.

"Martinez menyampaikan kepada kami kemungkinan untuk mendapatkan cabaran lain dalam kariernya. Bukan hanya sekarang, malah tahun lalu juga dia memikirkannya.

"Dia kekal dan memberikan persembahan yang hebat. Tahun ini, sekali lagi dia menyatakan hasrat untuk mendapatkan cabaran baharu dan kami menandatangani Suzuki untuk menggantikannya," kata Emery.

Chelsea sebelum ini dilihat selesa dengan Robert Sanchez serta penjaga gol muda, Mike Penders.

Bagaimanapun, prestasi Sanchez ketika membantu Chelsea menewaskan Fulham 3-2 baru-baru ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai pilihan utama.

Pengendali Chelsea, Xabi Alonso, enggan mengkritik Sanchez secara terbuka, sebaliknya menegaskan fokus pasukan adalah mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki secara keseluruhan.

Penders, 21, pula baru menyertai skuad utama selepas menikmati tempoh pinjaman bersama Strasbourg musim lalu dan dijangka diberi peluang beraksi dalam perlawanan Piala Liga menentang Luton Town, awal pagi esok.

Kehadiran Martinez tidak semestinya menjejaskan perkembangan Penders, sekali gus menjadikan perpindahan penjaga gol berpengalaman itu satu pilihan yang berpotensi menarik buat Chelsea.

Martinez kini sudah kembali menjalani latihan bersama Aston Villa selepas tugasan Piala Dunia, dengan kelab mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Emery turut mengakui Villa kini mempunyai dua penjaga gol berkualiti tinggi dalam Suzuki dan Bizot, namun tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan sebelum jendela perpindahan ditutup.

"Senario yang kami ada ialah dua penjaga gol yang hebat. Bizot juga, ketika kami memerlukannya, memberikan respons yang sangat baik.

"Situasi penjaga gol kami sangat bagus, tetapi mungkin masih ada sesuatu yang boleh berubah," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok