• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester United Sambar Carlos Baleba Dengan Nilai £70 Juta
26 August 2026 | 11:29 AM

Manchester United Sambar Carlos Baleba Dengan Nilai £70 Juta

MANCHESTER - Manchester United terus memperkuatkan jentera tengah selepas mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain Brighton, Carlos Baleba dengan nilai perpindahan dilaporkan mencecah £70 juta (RM386 juta).

Pemain tengah berusia 22 tahun itu menjadi pemain ketiga di posisi berkenaan yang dibawa masuk United pada jendela perpindahan musim panas ini selepas Youri Tielemans dan Andrey Santos.

Baleba, yang juga pemain antarabangsa Cameroon, menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Dalam satu kenyataan, United mengesahkan perpindahan itu, tertakluk kepada proses pendaftaran.

“Manchester United dengan sukacitanya mengesahkan Carlos Baleba menyertai kelab, tertakluk kepada pendaftaran,” kata kenyataan kelab itu.

United turut menyifatkan Baleba sebagai antara pemain tengah paling berbakat di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pemain itu mencipta nama bersama Brighton.

Minat United terhadap Baleba bukan perkara baharu apabila kelab berkenaan cuba mendapatkan khidmatnya setahun lalu selepas dua musim cemerlang bersama Brighton.

Bagaimanapun, rundingan ketika itu tidak diteruskan selepas Brighton dilaporkan meletakkan tanda harga £100 juta (RM551 juta) untuk pemain berkenaan.

Prestasi Baleba sedikit merosot pada musim lalu susulan spekulasi mengenai masa depannya, namun United terus memantau perkembangannya sebelum kembali membuka rundingan pada musim panas ini.

United dilaporkan membayar yuran awal sebanyak £65 juta (RM358 juta), manakala tambahan sehingga £5 juta (RM27 juta) bergantung kepada pencapaian serta prestasi pemain.

Baleba menyifatkan perpindahan ke Old Trafford sebagai satu impian yang menjadi kenyataan.

“Ini perasaan yang luar biasa kerana dapat menyertai kelab impian saya.

“Bermain di Old Trafford sentiasa istimewa tetapi peluang untuk melakukannya sebagai pemain Manchester United adalah satu penghormatan besar,” katanya.

Baleba turut teruja untuk bekerja bersama Michael Carrick, yang menurutnya memiliki pengalaman dan pengetahuan bola sepak untuk membantunya mencapai tahap terbaik.

“Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Michael Carrick. Pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai bola sepak menjadikannya jurulatih terbaik untuk membantu saya mencapai tahap tertinggi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok