KUCHING, 17 Ogos - Kualiti udara di seluruh Sarawak berada pada tahap sederhana setakat 8 pagi ini, berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).
Berdasarkan data Daily Haze Watch, sebanyak 17 stesen pemantauan mencatat status sederhana, manakala Bario merekodkan kualiti udara pada tahap baik dengan bacaan IPU 50.
IPD Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 98, diikuti Lundu (93) dan Samarahan (92).
Kuching pula merekodkan bacaan IPU 87, manakala Sri Aman mencatat 80, Sarikei (75), Tebedu (73), Sibu dan Lubok Antu (70), serta Bintulu dan Lawas masing-masing 67.
Sementara itu, Miri merekodkan bacaan 65, Samalaju dan ILP Miri masing-masing 62, manakala Mukah dan Limbang masing-masing mencatat 57.
Kapit merekodkan bacaan 54 dan Bario mencatat bacaan terendah iaitu 50, dengan status baik.
IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengutamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya sekiranya keadaan kualiti udara berubah.
Sumber: NREB Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back