• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

"Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya Dalam Bola Sepak" - RONALDO
17 August 2026 | 11:12 AM

"Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya Dalam Bola Sepak" - RONALDO

BERLIN, 17 Ogos - Ikon bola sepak Cristiano Ronaldo, 41, memberi bayangan paling jelas setakat ini mengenai bila beliau akan bersara, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Ini mungkin tahun terakhir saya dalam bola sepak dan saya mahu meninggalkan legasi yang hebat,” kata penyerang Al-Nassr itu kepada majalah Vogue dalam wawancara pada Ahad sempena perkahwinannya dengan Georgina Rodríguez.

“Saya sudah merancang masa depan saya.

“Saya mempunyai begitu banyak perkara untuk mengisi masa sehingga sukar untuk menyebut hanya satu.

"Bola sepak mungkin meninggalkan kekosongan besar, jadi anda perlu mengisi masa dengan pelbagai cara, bukan hanya satu.

“Selain itu, saya mahu lebih berseronok, lebih banyak mengembara, menonton dan bermain 'padel' (sukan raket yang hampir sama dengan tenis) yang memang saya gemari, serta terus menikmati apa yang telah saya peroleh, apa yang telah kami peroleh. Lagipun, sudah 25 tahun dengan begitu banyak pengorbanan,” kata beliau.

Ronaldo juga tidak menolak kemungkinan menambah cahaya mata serta mengadakan satu lagi majlis perkahwinan yang lebih besar.

Beliau kini memegang rekod penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 146 gol.

Pesaing utamanya Lionel Messi, 39, yang pernah menjuarai Piala Dunia merekodkan 125 gol.

Ronaldo sebelum ini berkata beliau mahu mencapai 1,000 gol sepanjang kerjaya.

Beliau kini memiliki 976 gol dan masih mempunyai semusim di Arab Saudi, selain kemungkinan membuat penampilan perpisahan bersama Portugal dalam Liga Negara-Negara, untuk mencapai angka itu.

Kontraknya bersama Al-Nassr berkuat kuasa sehingga Jun 2027.

Sumber: BERNAMA-dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok