• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Selepas Bergelar Suami, Ronaldo ‘Tukar Wajah’ Dengan Gaya Rambut Baharu
14 August 2026 | 12:03 PM

Selepas Bergelar Suami, Ronaldo ‘Tukar Wajah’ Dengan Gaya Rambut Baharu

LONDON - Cristiano Ronaldo tampil dengan imej baharu selepas mengikat tali perkahwinan dengan Georgina Rodriguez, dengan gaya rambut terbaharunya mencuri perhatian peminat.

Bintang Portugal dan Al-Nassr itu meninggalkan gaya rambut hitam disisir ke belakang yang menjadi identitinya sebelum ini, sebaliknya memilih potongan pendek berwarna perang kemerahan dengan bahagian sisi dicukur nipis.

Penampilan baharu Ronaldo pada usia 41 tahun itu turut mengingatkan sebahagian peminat kepada bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Paul Scholes.

Gaya berkenaan mungkin menjadi imej baharunya ketika Ronaldo meneruskan misi memburu 1,000 gol dalam karier profesionalnya.

Ronaldo kini sudah mengumpul 976 jaringan bersama kelab dan negara, hanya berbaki 24 gol untuk mencapai angka bersejarah berkenaan.

Pemain itu kini kembali menjalani latihan bersama Al-Nassr sebagai persiapan menghadapi musim baharu di bawah kendalian pengurus Ange Postecoglou, bersama beberapa pemain baharu termasuk Sadio Mane dan Kingsley Coman.

Musim lalu, Ronaldo membantu Al-Nassr menamatkan penantian untuk trofi utama apabila kelab itu muncul juara Liga Pro Saudi.

Di luar padang, Ronaldo turut melakar satu lagi detik penting dalam hidupnya apabila berkahwin dengan Georgina dalam satu majlis tertutup di Cascais, Portugal, minggu ini.

Majlis tersebut dihadiri lima anak mereka selepas pasangan berkenaan menjalinkan hubungan selama hampir sedekad. Ronaldo turut berkongsi gambar cincin perkahwinan mereka menerusi Instagram.

Ronaldo dan Georgina mula bertemu pada 2016 ketika Georgina bekerja di sebuah kedai Gucci di Madrid. Hubungan mereka kemudiannya berkembang sebelum mereka membina keluarga bersama.

Pada 2022, pasangan itu melalui detik sukar apabila anak lelaki kembar mereka meninggal dunia ketika dilahirkan, manakala saudara kembarnya, Bella Esmeralda, selamat.

Selepas hampir 10 tahun bersama, Ronaldo dan Georgina kini bergelar suami isteri, dengan fokus pemain Portugal itu kembali kepada misi di padang serta sasaran besar untuk mencapai 1,000 gol dalam kariernya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok