• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Johan Ghazali Terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
13 August 2026 | 06:06 PM

Johan Ghazali Terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING, 13 Ogos - Petarung Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Johan Ghazali, menerima pengurniaan Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian serta sumbangannya dalam mengharumkan nama Sarawak di persada antarabangsa.

Pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak.

Johan, yang mesra disapa Jojo, menerusi hantaran di Instagram menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan tersebut dan bertekad untuk terus membawa nama Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk meletakkan tempat ini (Sarawak) di peta dunia,” katanya.

Pengurniaan berkenaan turut menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan karier Jojo sebagai antara bakat muda Muay Thai yang semakin mencuri perhatian di peringkat antarabangsa.

Jojo sebelum ini mencipta nama menerusi aksi dalam gelanggang ONE Championship, sekali gus bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah turut mengangkat nama Sarawak ke pentas dunia menerusi kariernya dalam arena Muay Thai.

Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok