LONDON, 12 Ogos (Bernama-PA Media/dpa) - Cristiano Ronaldo telah berkahwin dengan kekasih lamanya, Georgina Rodriguez, dalam satu majlis perkahwinan sivil di Portugal, lapor PA Media/dpa.
Pasangan itu yang telah menjalin hubungan sejak 2016 selepas bertemu di Madrid, berkongsi sekeping gambar di Instagram yang memaparkan mereka menunjukkan cincin perkahwinan masing-masing.
Ronaldo, 41, melangsungkan perkahwinan itu hanya empat hari sebelum kelabnya, Al Nassr, memulakan kempen Liga Profesional Arab Saudi musim 2026-27.
Pasangan itu berkahwin di Cascais, sebuah bandar peranginan pesisir pantai di barat Lisbon, ibu negara Portugal, dengan majlis berkenaan turut dihadiri lima anak mereka.
Ronaldo telah menjaringkan hampir 1,000 gol sepanjang kariernya bersama Sporting, Manchester United, Real Madrid, Juventus, Al Nassr dan pasukan kebangsaan Portugal.
Beliau baru-baru ini beraksi dalam Piala Dunia keenamnya, sekali gus berkongsi rekod dengan pemain Argentina, Lionel Messi, bagi jumlah penampilan terbanyak dalam Piala Dunia lelaki.
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back