• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 107,000 Hektar Hutan, Tanah Terjejas Akibat Kebakaran Di Indonesia
11 August 2026 | 11:43 AM

Lebih 107,000 Hektar Hutan, Tanah Terjejas Akibat Kebakaran Di Indonesia

JAKARTA, 10 Ogos (Bernama) - Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia Djamari Chaniago berkata setakat Isnin, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bahawa asap daripada kebakaran di negara itu menjejaskan negara lain.

"Kami telah menegaskan kepada anggota di lapangan bahawa usaha ini bukan sekadar memadamkan kebakaran dan melindungi alam sekitar serta kesihatan awam, tetapi juga merupakan tanggungjawab negara yang perlu dipikul bersama," katanya pada sidang media pada Isnin yang disiarkan menerusi saluran YouTube media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada kerajaan menjangkakan kemungkinan jerebu rentas sempadan menjejaskan Malaysia dan Singapura serta sama ada pihaknya telah berhubung dengan kedua-dua negara berhubung isu itu.

Djamari berkata kira-kira 43 helikopter telah dikerahkan bagi operasi udara, dengan sokongan antara 10 hingga 15 pesawat sayap tetap bergantung kepada keperluan operasi, manakala sejumlah besar anggota dan peralatan turut digerakkan di darat.

Beliau berkata operasi pembenihan awan kekal antara langkah paling berkesan untuk menangani kebakaran, namun pelaksanaannya bergantung kepada kewujudan awan yang berpotensi membawa hujan. Ramalan cuaca menunjukkan pembentukan awan sedemikian berkemungkinan berlaku dalam tempoh tiga atau empat hari sehingga 18 Ogos.

Menurut beliau, enam wilayah, iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, sedang dipantau rapi sebagai kawasan paling kritikal.

Beliau turut memberi amaran bahawa fenomena El Nino yang kuat boleh mempercepatkan kebakaran hutan dan tanah serta dijangka berterusan sehingga sekitar September atau awal Oktober.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok