KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi insan apabila pelakon Kamarool Haji Yusoff, yang lebih dikenali sebagai Cik Man, disahkan meninggal dunia.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh pelawak Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Setakat ini, punca kematian serta maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian masih belum dikongsikan kepada umum.
Pemergian Allahyarham mengundang rasa sedih dalam kalangan rakan artis dan peminat yang turut menzahirkan ucapan takziah serta doa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga serta semua yang mengenali Allahyarham. Al-Fatihah.
Sumber: Oh My Media
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back