• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

UEFA Beri Amaran Keras, Sedia Boikot Piala Dunia 2030?
31 July 2026 | 10:49 AM

UEFA Beri Amaran Keras, Sedia Boikot Piala Dunia 2030?

NYON - Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sedang mempertimbangkan kemungkinan memboikot kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada masa hadapan, termasuk Piala Dunia 2030.

Langkah itu susulan rancangan FIFA untuk menubuhkan sebuah anak syarikat yang bertujuan menarik pelaburan swasta bagi memperluas potensi komersial badan induk bola sepak dunia itu, termasuk dalam aspek hak penyiaran dan penajaan.

UEFA dilaporkan tidak bersetuju dengan pendekatan berkenaan kerana bimbang bola sepak akan dipengaruhi oleh kepentingan komersial pihak tertentu. Badan bola sepak Eropah itu mengadakan mesyuarat tergempar bersama 55 ahli gabungannya bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil untuk menyekat rancangan FIFA tersebut.

Dalam satu kenyataan, UEFA menyifatkan perancangan FIFA itu sebagai melangkaui batas yang tidak sepatutnya dilakukan oleh badan pentadbir bola sepak.

“Perancangan ini sudah melanggar garis merah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh badan pentadbir. UEFA memandang serius perkara ini, begitu juga persatuan-persatuan bola sepak kebangsaan.

“Bukan sahaja kami, malah pemegang taruh seperti liga, kelab, pemain, penyokong, kerajaan serta sesiapa sahaja yang menyayangi sukan ini perlu bertindak bagi menghalang perancangan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Ini bukan kali pertama UEFA berdepan konflik dengan FIFA. Pada 2021, badan itu pernah memberi bayangan untuk memboikot kejohanan FIFA selepas cadangan penganjuran Piala Dunia secara dwitahunan mendapat tentangan.

UEFA menegaskan pentadbiran bola sepak tidak seharusnya dijadikan aset komersial yang boleh dipengaruhi oleh pihak tertentu.

“Jiwa dan pentadbiran bola sepak bukan aset yang boleh dijual beli, lebih-lebih lagi kepada pihak yang tidak telus mengenai keuntungan yang diraih. Tiada sesiapa yang memiliki bola sepak, jadi FIFA tidak mempunyai hak mutlak terhadapnya,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok