• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Selepas 9 Tahun Bersama, Ronaldo dan Georgina Dikhabarkan Tamatkan Zaman Bujang
31 July 2026 | 10:32 AM

Selepas 9 Tahun Bersama, Ronaldo dan Georgina Dikhabarkan Tamatkan Zaman Bujang

MALLORCA - Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mencetuskan spekulasi bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama Georgina Rodriguez selepas kedua-duanya dilihat memakai cincin berlian ketika bercuti menaiki kapal layar di Mallorca.

Ronaldo, 42, dilihat memakai cincin di jari manisnya, dipercayai sepadan dengan cincin pertunangan yang dihadiahkan kepada Georgina, 32, yang merupakan ibu kepada tiga daripada enam anaknya.

Media tempatan melaporkan pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini, namun perkara berkenaan masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada Ronaldo atau Georgina.

Spekulasi itu turut menjadi perhatian selepas seorang pengacara televisyen mendakwa majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di estet Quinta da Regaleira di Sintra, Portugal. Bagaimanapun, lokasi berkenaan dilaporkan masih dijadualkan dibuka kepada orang awam sepanjang hujung minggu ini.

Sebelum ini, Ronaldo pernah mendedahkan bahawa beliau dan Georgina merancang untuk berkahwin selepas berakhirnya kempen Piala Dunia, yang menyaksikan Portugal tersingkir di tangan Sepanyol selaku juara kejohanan.

"Saya berharap dapat hadir ke majlis perkahwinan saya dengan membawa trofi juara," kata Ronaldo dalam temu bual bersama Piers Morgan.

Ronaldo turut menyifatkan Georgina sebagai wanita yang membuatkan dirinya benar-benar mahu membina kehidupan berkeluarga.

"Saya akan mengahwininya kerana saya percaya inilah masa yang tepat. Bukan sekadar kerana dia ibu kepada anak-anak saya, tetapi kerana dialah wanita yang paling saya cintai," katanya.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2016 ketika Georgina bekerja di sebuah butik Gucci di Madrid, sebelum hubungan mereka berkembang sehingga ke tahap pertunangan pada Ogos tahun lalu.

Sehingga kini, kedua-duanya masih belum mengumumkan tarikh rasmi perkahwinan mereka.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok