• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Zidane Sah Kendali Perancis, Akhirnya Realisasi Impian Latih Les Bleus
30 July 2026 | 01:00 PM

Zidane Sah Kendali Perancis, Akhirnya Realisasi Impian Latih Les Bleus

PARIS - Impian legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, untuk membimbing skuad kebangsaan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Les Bleus bagi menggantikan Didier Deschamps.

Pelantikan Zidane menandakan satu era baharu buat skuad Perancis selepas Deschamps menamatkan khidmatnya yang bermula sejak 2012. Bekas bintang Real Madrid itu turut mengikut jejak dua bekas rakan sepasukannya, Laurent Blanc dan Deschamps, yang sebelum ini pernah mengendalikan pasukan kebangsaan.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menyifatkan Zidane sebagai calon paling sesuai untuk meneruskan legasi kecemerlangan Les Bleus selepas era kejayaan di bawah Deschamps.

Menurut Zidane, peluang untuk mengemudi skuad kebangsaan Perancis merupakan satu-satunya jawatan yang benar-benar diimpikannya meskipun menerima beberapa tawaran lain dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tugasan dengan pasukan kebangsaan Perancis adalah satu-satunya yang saya mahukan. Dalam tempoh empat atau lima tahun ini, saya menerima beberapa tawaran, tetapi saya menolaknya,” katanya.

Deschamps meninggalkan pasukan selepas membawa Perancis menamatkan kempen Piala Dunia 2026 di tempat keempat. Sepanjang tempoh 14 tahun mengendalikan Les Bleus, pencapaian paling gemilang beliau sudah tentu menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia 2018 kepada negaranya.

Sebagai pemain, Zidane dan Deschamps pernah bergandingan membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 1998, sekali gus mencipta antara detik paling bersejarah dalam bola sepak negara itu.

Dalam karier kejurulatihan, Zidane hanya pernah membimbing Real Madrid. Beliau bermula dengan mengendalikan pasukan akademi sebelum dinaikkan sebagai ketua jurulatih skuad utama.

Di bawah bimbingannya, Real Madrid mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tiga musim berturut-turut dari 2016 hingga 2018, satu pencapaian yang masih kekal sebagai rekod terbaik dalam era moden pertandingan tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok