• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vinicius Kekal di Real Madrid, Arsenal Terpaksa Menunggu
29 July 2026 | 11:36 AM

Vinicius Kekal di Real Madrid, Arsenal Terpaksa Menunggu

MADRID - Real Madrid dilaporkan semakin hampir mencapai persetuan kontrak baharu dengan bintang sensasinya, Vinicius Junior, sekali gus menepis spekulasi perpindahan pemain itu ke Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan Sky Sports News, juara Sepanyol itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melepaskan pemain antarabangsa Brazil berkenaan dan optimis rundingan kontrak baharu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Vinicius yang kini hanya berbaki setahun dalam kontraknya di Santiago Bernabeu terus menjadi perhatian Arsenal, namun Real Madrid difahamkan yakin pemain berusia 26 tahun itu akan terus kekal bersama kelab bagi tempoh jangka panjang.

Rundingan lanjut antara pihak pengurusan Real Madrid dan wakil pemain dijadual berlangsung minggu ini bagi memuktamadkan syarat kontrak baharu yang dijangka mengakhiri segala spekulasi mengenai masa depannya.

Pengendali baharu Real Madrid, Jose Mourinho, dilaporkan menganggap Vinicius sebagai antara pemain paling penting dalam perancangannya dan mahu beliau terus menjadi tunjang utama skuad.

Sekiranya kontrak baharu gagal dimeterai, Vinicius berpeluang menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab luar Sepanyol dalam tempoh enam bulan akan datang sebelum bergelar ejen bebas pada penghujung musim. Bagaimanapun, Real Madrid kekal yakin senario tersebut tidak akan berlaku.

Dalam perkembangan lain, usaha Real Madrid mendapatkan pemain sayap RB Leipzig, Yan Diomande, dilaporkan tidak mempunyai kaitan dengan masa depan Vinicius. Rundingan antara kedua-dua kelab dikatakan berjalan lancar dan menghampiri persetujuan.

Sementara itu, Arsenal dijangka terus memantau perkembangan pemain itu selagi kontrak baharunya belum dimeterai. Pengarah Sukan Arsenal, Andrea Berta, dikatakan mengamalkan strategi menyediakan beberapa pilihan pemain sebelum membuat keputusan dalam pasaran perpindahan.

Selain Vinicius, kelab London itu turut dikaitkan dengan pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola, yang dilaporkan masih belum mencapai kata sepakat mengenai pembaharuan kontraknya bersama juara Ligue 1 itu.

Walaupun pelbagai spekulasi terus mengaitkan Vinicius dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, tiada petunjuk menunjukkan beliau berhasrat meninggalkan Santiago Bernabeu. Malah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez, sebelum ini menegaskan hasrat kelab untuk terus menjadikan Vinicius sebagai sebahagian daripada projek jangka panjang mereka.

Sejak beberapa musim lalu, Vinicius muncul sebagai antara pemain sayap terbaik dunia dan menjadi watak penting dalam kejayaan Real Madrid, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon baharu kelab gergasi Sepanyol itu.

Sumber: Sky Sports

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok