• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Messi Kembali Perkuat Inter Miami, MLS Yakin Ledakan Piala Dunia 2026 Pacu Era Baharu Bola Sepak AS
17 July 2026 | 01:57 PM

Messi Kembali Perkuat Inter Miami, MLS Yakin Ledakan Piala Dunia 2026 Pacu Era Baharu Bola Sepak AS

NEW YORK - Major League Soccer (MLS) optimis kemeriahan Piala Dunia FIFA 2026 akan terus memberi impak positif kepada perkembangan liga itu, dengan kehadiran pemain bertaraf dunia serta peningkatan bakat tempatan dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bola sepak di Amerika Syarikat (AS).

Tumpuan kini terarah kepada Lionel Messi yang dijangka kembali menyarung jersi Inter Miami sejurus selepas aksi final Piala Dunia pada Isnin, sekali gus meneruskan pengaruh besarnya terhadap perkembangan MLS.

Kapten Argentina itu sekali lagi mencuri perhatian di pentas dunia apabila membantu negaranya mara ke final, termasuk mencipta dua bantuan gol dramatik ketika menewaskan England 2-1 pada aksi separuh akhir.

Prestasi cemerlang Messi di Piala Dunia dijangka meningkatkan lagi daya tarikan MLS apabila beliau kembali beraksi bersama Inter Miami, kelab yang dimiliki bersama legenda England, David Beckham.

Dua dekad lalu, Beckham mencetuskan fenomena baharu apabila menyertai LA Galaxy, manakala penghijrahan Messi ke Inter Miami tiga tahun lalu pula dilihat membawa impak lebih besar terhadap populariti dan perkembangan liga berkenaan.

Pesuruhjaya MLS, Don Garber mengakui kehadiran Messi dalam saingan liga itu merupakan sesuatu yang sukar dibayangkan sebelum ini.

"Tiada siapa dalam liga ini benar-benar memahami betapa hebatnya Messi ketika dia beraksi bersama Barcelona selain melihatnya sebagai penyokong.

"Apabila dia melakukan hantaran lintang kaki kanan pada saat akhir untuk membantu pasukannya menang di hadapan seluruh dunia dan mara ke final, kemudian menanggalkan jersi Argentina sebelum menyarung jersi MLS, saya tidak pernah bermimpi perkara itu boleh berlaku," katanya.

Garber sebelum ini turut menyatakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Utara mampu menjadi titik perubahan kepada pembangunan bola sepak profesional di AS serta memperkukuhkan kedudukan MLS di pentas antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, MLS terus menarik perhatian pemain berprofil tinggi apabila Orlando City berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Griezmann yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Sepanyol itu percaya tahap persaingan dalam MLS kini jauh lebih kompetitif berbanding beberapa tahun lalu.

Beliau turut yakin impak Piala Dunia 2026 akan memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak di AS untuk menjadikan bola sepak sebagai pilihan sukan utama.

"Piala Dunia memberi inspirasi kepada ramai kanak-kanak di AS untuk meminati bola sepak dan mula bermain. Kami berharap dapat menghiburkan penyokong di stadium supaya lebih ramai generasi muda mahu bermain bola sepak," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok