• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pickford enggan termakan provokasi Argentina, fokus bawa England ke final
14 July 2026 | 10:32 AM

Pickford enggan termakan provokasi Argentina, fokus bawa England ke final

ATLANTA - Penjaga gol England, Jordan Pickford, menegaskan pasukannya tidak akan terpengaruh dengan sebarang provokasi atau permainan psikologi Argentina apabila kedua-dua gergasi bola sepak itu bertembung dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Atlanta, Rabu ini.

Pertembungan berprofil tinggi itu turut mengembalikan memori insiden kontroversi Piala Dunia 1998 apabila legenda England, David Beckham, dilayangkan kad merah selepas bertindak balas terhadap provokasi Diego Simeone ketika menentang Argentina.

Argentina ketika ini turut dibarisi beberapa pemain yang terkenal dengan gaya permainan agresif dan provokatif seperti Cristian Romero, Lisandro Martinez serta penjaga gol Emiliano Martinez.

Bagaimanapun, Pickford yakin skuad kendalian Thomas Tuchel memiliki disiplin tinggi untuk kekal fokus dan tidak terperangkap dengan sebarang taktik lawan.

"Kami menunjukkan keinginan tinggi untuk memenangi setiap perebutan bola sepanjang kejohanan ini, tetapi tidak terbabit dalam sebarang pergaduhan.

"Kami sentiasa menghormati permainan. Ada keputusan yang memihak kepada kami dan ada juga yang tidak, namun kami kekal fokus dan membiarkan bola sepak menjadi penentu.

"Itulah yang kami lakukan sepanjang kejohanan ini. Selain Jarell Quansah, kami tidak mempunyai pemain yang digantung atau mengumpul kad kuning kedua.

"Ia menunjukkan mentaliti pasukan ini. Kami tidak mudah terpengaruh dengan perkara seperti itu. Kami kekal fokus dan bersatu," katanya.

England hanya kehilangan Quansah untuk aksi separuh akhir selepas pertahanan muda itu menjalani penggantungan perlawanan kedua susulan kad merah yang diterimanya ketika menentang Mexico pada pusingan 16 terbaik.

Dalam perkembangan sama, Pickford turut mencipta sejarah apabila membuat penampilan ke-18 di pentas Piala Dunia ketika membantu England menewaskan Norway pada suku akhir, sekali gus memadam rekod legenda penjaga gol negara itu, Peter Shilton.

Pemain Everton itu juga mengakui cukup mengenali Emiliano Martinez hasil persaingan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), selain menyifatkan penjaga gol Aston Villa itu sebagai antara yang terbaik di dunia.

Martinez sebelum ini mencuri tumpuan menerusi taktik psikologinya ketika membantu Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti dalam final Piala Dunia sebelum ini.

"Saya masih ingat ketika menentangnya sewaktu dia dipinjamkan ke Wolves dan saya bersama Preston North End.

"Perjalanan kariernya cukup hebat. Dia menunggu lama untuk mendapatkan peluang bersama Argentina dan apabila peluang itu tiba, dia memanfaatkannya dengan baik.

"Caranya adalah caranya, tetapi sebagai penjaga gol, dia seorang penjaga gol bertaraf tinggi.

"Sama ada dia ada taktiknya atau saya ada cara saya sendiri, tugas utama adalah memakai sarung tangan dan memberikan prestasi terbaik.

"Dia melakukannya bersama Aston Villa dan Argentina, jadi saya perlu memberi kredit kepadanya sebagai seorang penjaga gol," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok