• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Haaland Sedia Musnahkan Impian England Tamatkan Kemarau 60 Tahun
10 July 2026 | 12:08 PM

Haaland Sedia Musnahkan Impian England Tamatkan Kemarau 60 Tahun

MIAMI - England hanya selangkah lagi untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia, namun terlebih dahulu perlu melepasi cabaran Norway yang diterajui penyerang prolifik, Erling Haaland, dalam aksi suku akhir di Miami, awal pagi Ahad.

Selepas mengharungi perlawanan dramatik menentang Mexico untuk mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik, skuad kendalian Thomas Tuchel kini dilihat antara calon utama untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia sejak kali terakhir menjulang trofi pada 1966.

Bagaimanapun, kekuatan England bakal diuji oleh Haaland yang sedang berada di prestasi terbaik apabila meledak dua gol ketika membantu Norway menyingkirkan Brazil pada pusingan 16 terbaik. Penyerang Manchester City itu kini mengumpul tujuh gol dalam empat penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia.

Haaland, yang dilahirkan di England, percaya tekanan sebenar berada di pihak lawan.

"Saya fikir ada beberapa pasukan yang jelas menjadi pilihan dan England salah satunya. Jadi segala tekanan sepatutnya berada di bahu pemain England," katanya.

Norway yang kembali beraksi di Piala Dunia selepas 28 tahun terus mencuri perhatian apabila mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah negara itu.

Semangat Viking yang menjadi identiti skuad Norway turut mendapat perhatian penyokong. Sebelum kejohanan bermula, gambar rasmi pasukan berpakaian seperti pahlawan Viking menjadi tular di media sosial, manakala penyokong mereka meraikan setiap kemenangan dengan aksi mendayung simbolik di stadium, Times Square di New York dan jalan-jalan di Oslo.

Haaland sendiri mengetuai sambutan itu selepas dua golnya memastikan kemenangan ke atas Brazil.

"Bermain menentang Brazil sudah cukup istimewa bagi rakyat Norway. Menewaskan mereka dan kemudian bertemu England di suku akhir Piala Dunia di Amerika Syarikat adalah pengalaman yang luar biasa.

"Jika melihat suasana di Norway sekarang, ini bukan sesuatu yang biasa berlaku kepada kami," katanya.

Sementara itu, England mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut selepas bangkit daripada tekanan hebat untuk menewaskan Mexico 3-2 walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Skuad The Three Lions kini dilihat memiliki peluang terbaik untuk menamatkan penantian panjang selepas muncul naib juara dalam dua edisi terakhir Kejohanan Eropah serta mara ke separuh akhir dan suku akhir dalam dua Piala Dunia terdahulu.

Pemain sayap England, Bukayo Saka, menegaskan pasukannya sudah berpengalaman menghadapi perlawanan berintensiti tinggi.

"Kami sudah beberapa kali berada dalam situasi seperti ini. Pasukan terbaik pada hari perlawanan akan menang dan itulah fokus kami," katanya.

England banyak bergantung kepada gandingan Jude Bellingham dan Harry Kane yang menyumbang 10 daripada 11 gol pasukan sepanjang kejohanan.

Namun, kebimbangan utama Tuchel adalah di benteng pertahanan selepas Jarell Quansah digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika aksi pusingan 16 terbaik.

Quansah sebelum ini mengisi posisi bek kanan menggantikan Reece James yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring. Situasi itu dijangka memaksa Tuchel melakukan rombakan dengan Ezri Konsa beraksi di bek kanan, manakala John Stones kembali ke posisi pertahanan tengah.

Selain pertarungan taktikal di atas padang, kedua-dua pasukan turut dijangka berdepan cabaran cuaca panas dan lembap di Miami, sekali gus menjadikan perlawanan itu lebih mencabar buat kedua-dua pasukan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok