• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Justin Bieber Sertai Barisan Bintang Gegarkan Persembahan Sejarah Final Piala Dunia
09 July 2026 | 12:03 PM

Justin Bieber Sertai Barisan Bintang Gegarkan Persembahan Sejarah Final Piala Dunia

NEW YORK - Penyanyi pop terkenal dari Kanada, Justin Bieber disahkan bakal menjadi antara artis yang memeriahkan persembahan separuh masa final Piala Dunia 2026, sekali gus mencipta sejarah apabila acara itu dianjurkan buat pertama kali dalam perlawanan kemuncak kejohanan berprestij tersebut.

Persembahan yang dijadual berlangsung selama 11 minit di Stadium MetLife, New Jersey pada 19 Julai itu turut menampilkan barisan artis antarabangsa termasuk Madonna, Shakira, BTS, Burna Boy dan konduktor terkenal Venezuela, Gustavo Dudamel.

Acara berkenaan akan dikendalikan oleh vokalis Coldplay, Chris Martin, yang bertanggungjawab menyusun persembahan muzik berkonsepkan Super Bowl buat julung kalinya di pentas final Piala Dunia.

Sebelum ini, cadangan mengadakan persembahan separuh masa mencetuskan perdebatan apabila ramai bimbang ia akan memanjangkan tempoh rehat perlawanan melebihi had yang dibenarkan.

Mengikut Undang-undang Bola Sepak, rehat separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit. Walaupun persembahan hanya berlangsung selama 11 minit, proses pemasangan dan pengalihan pentas dijangka memerlukan sedikit masa tambahan.

Bagaimanapun, pengumuman rasmi mengenai tempoh persembahan itu meredakan kebimbangan selepas timbul spekulasi sebelum ini bahawa rehat separuh masa mungkin mencecah sehingga 25 minit.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyifatkan persembahan tersebut sebagai "pentas terbesar yang pernah diwujudkan", dengan berbilion penonton di seluruh dunia dijangka mengikuti final berkenaan.

Selain persembahan muzik, acara itu turut menampilkan kemunculan watak-watak daripada rancangan popular Sesame Street dan The Muppets bagi menyokong Dana Pendidikan Global Citizen FIFA yang menyasarkan kutipan AS$100 juta (RM407 juta) untuk memperluaskan akses pendidikan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Bieber berkata beliau berbangga dapat menjadi sebahagian daripada persembahan bersejarah itu, lebih-lebih lagi kerana ia membawa misi membantu pendidikan kanak-kanak.

"Piala Dunia menyatukan dunia dengan cara yang tiada perkara lain mampu lakukan. Saya bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada persembahan ini, terutama apabila mengetahui ia membantu meluaskan akses pendidikan kepada kanak-kanak di seluruh dunia," katanya.

Coldplay turut bergandingan dengan PS22 Chorus, kumpulan koir pelajar sekolah rendah awam dari New York, dalam persembahan berkenaan.

Sementara itu, pengasas bersama Global Citizen, Hugh Evans, menyifatkan acara itu sebagai himpunan terbesar artis yang bergabung untuk satu tujuan sejak konsert amal Live Aid, malah berpotensi menjadi persembahan muzik 11 minit paling banyak ditonton dalam sejarah penyiaran.

Tempoh persembahan selama 11 minit itu juga sedikit lebih singkat berbanding persembahan separuh masa Super Bowl yang lazimnya berlangsung sekitar 13 hingga 14 minit.

Sebelum ini, konsep sama pernah diuji ketika final Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, namun tempoh rehat yang melebihi 24 minit menerima kritikan kerana dikhuatiri memberi kesan terhadap prestasi pemain.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok