• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Belgium Tundukkan AS 4-1, Tamatkan Kempen Piala Dunia Tuan Rumah
07 July 2026 | 03:01 PM

Belgium Tundukkan AS 4-1, Tamatkan Kempen Piala Dunia Tuan Rumah

WASHINGTON, 7 Julai - Belgium menamatkan rentak Piala Dunia Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dengan kemenangan 4-1 di Seattle untuk mara ke suku akhir dan menafikan penampilan pertama pasukan tuan rumah itu dalam kelompok lapan terakhir sejak 2002, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Perlawanan Pusingan 16 itu berlangsung sehari selepas penyerang AS, Folarin Balogun dibenarkan bermain walaupun menerima kad merah pada pusingan sebelumnya, keputusan FIFA susulan gesaan Presiden Donald Trump kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino, untuk meminta semakan semula penggantungan tersebut.

Belgium mengkritik keputusan itu dan beberapa penyokong Belgium melambaikan kad merah sebelum sepak mula. Peminat AS memberikan Balogun salah satu sambutan paling kuat semasa pengenalan namun penyerang itu tidak dapat memberikan impak yang padu.

Belgium menjaringkan gol pertama menerusi Charles De Ketelaere sebelum AS membalas pada separuh masa pertama. Balogun dikasari justeru membawa kepada gol sepakan percuma Malik Tillman, menjadikan kedudukan 1-1.

Momentum itu hanya bertahan dua minit. De Ketelaere menanduk masuk gol keduanya dalam perlawanan itu untuk mengembalikan pendahuluan Belgium dan menyebabkan ketua jurulatih AS, Mauricio Pochettino, kelihatan kecewa di tepi padang.

Belgium melebarkan kelebihan pada minit ke-57 selepas penjaga gol AS, Matt Freese, tersilap menghantar bola di luar kawasan penalti, membolehkan Hans Vanaken menjaringkan gol ke gawang terbuka.

Romelu Lukaku menambah gol keempat Belgium dalam masa kecederaan selepas satu lagi kesilapan pertahanan, sekali gus memastikan kekalahan teruk AS.

Keputusan itu menokhtahkan 24 jam yang bergolak dibayangi kontroversi mengenai Balogun. FIFA menolak rayuan Belgium pada pagi Isnin dan kemudian mempertahankan keputusan tersebut, dengan mengatakan Balogun dan US Soccer telah didenda US$40,000.

Belgium akan mara ke suku akhir, manakala AS tersingkir selepas gagal meneruskan kemenangan pusingan 32 ke atas Bosnia dan Herzegovina.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok