• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Haaland Sifatkan Perjalanan Norway Di Piala Dunia "Bagai Mimpi"
07 July 2026 | 02:49 PM

Haaland Sifatkan Perjalanan Norway Di Piala Dunia "Bagai Mimpi"

EAST RUTHERFORD (New Jersey) - Bintang Norway Erling Haaland tidak dapat menahan emosinya selepas menjaringkan dua gol untuk membantu negaranya menewaskan juara dunia lima kali, Brazil, 2-1 sekali gus mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Saya tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti ini. Ia bagaikan mimpi dapat bersaing dengan pemain terbaik dunia di Piala Dunia," katanya selepas perlawanan pada Ahad.

"Hanya berada di sini sudah cukup istimewa. Tetapi menjaringkan tujuh gol untuk Norway di Piala Dunia adalah sesuatu yang jauh lebih luar biasa. Saya masih sukar mempercayainya. Saya tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasakan. Kadangkala saya terpaksa mencubit diri sendiri untuk menyedari betapa besarnya pencapaian ini."

Norway kini akan menentang England, yang menewaskan tuan rumah bersama Mexico 3-2 dalam perlawanan yang mendebarkan.

Haaland kini mengumpul 62 gol dalam 54 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Beliau sememangnya sudah biasa menjaringkan gol bersama kelabnya, Manchester City, namun tidak menjangka beliau dan rakan sepasukannya akan mempamerkan prestasi sehebat itu di Piala Dunia.

Bintang Norway itu berkata beliau tidak pernah menyangka pasukannya mampu menewaskan Brazil pada kejohanan berkenaan.

"Terus terang, sejak sekian lama saya fikir perkara seperti itu mustahil berlaku. Tetapi nampaknya saya silap," katanya.

Haaland berkata pasukannya sedang mengubah imej Norway dengan mempamerkan permainan yang semakin berani dan berkualiti. Beliau berkata prestasi menentang juara dunia lima kali itu membuktikan Norway memiliki sebuah pasukan yang hebat.

"Itu mungkin menjadi sebahagian daripada sejarah Norway. Tetapi saya berharap perjalanan ini akan terus berlanjutan," katanya.

Sumber: BERNAMA-dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok