• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Penampilan Terakhirnya
06 July 2026 | 02:01 PM

Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Penampilan Terakhirnya

DALLAS, 6 Julai (Bernama-Xinhua) - Kapten Portugal Cristiano Ronaldo mengesahkan pada Ahad bahawa Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung akan menjadi penampilan terakhirnya dalam kejohanan itu, lapor Xinhua.

"Ini akan menjadi Piala Dunia terakhir saya, tetapi saya berharap esok bukan perlawanan terakhir saya," kata Ronaldo kepada pemberita menjelang aksi pusingan 16 terbaik menentang Sepanyol.

"Saya rasa saya tidak mengharungi Piala Dunia yang buruk. Saya sudah menjaringkan tiga gol. Kita lihat sama ada saya dapat menambah satu lagi gol esok."

Pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan dua gol ketika menentang Uzbekistan pada saingan peringkat kumpulan dan menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Croatia pada pusingan 32 terbaik, yang juga gol pertamanya pada peringkat kalah mati Piala Dunia.

Beliau telah meledak 11 gol di pentas Piala Dunia, termasuk menjaringkan gol dalam enam edisi berturut-turut sejak penampilan sulungnya di Jerman pada 2006.

Ketika ditanya berulang kali mengenai persaraan, Ronaldo berkata keputusan itu terletak sepenuhnya di tangannya.

"Sama ada saya bermain atau tidak, saya akan sentiasa memainkan peranan penting bersama pasukan kebangsaan ini. Saya akan menamatkan karier apabila saya sendiri memutuskan masanya, seperti yang saya katakan beberapa tahun lalu," katanya.

"Sejujurnya, apa sahaja yang berlaku esok, saya akan meninggalkan kejohanan ini dengan hati yang tenang, bukan 100 peratus tetapi 1,000 peratus kerana saya telah memberikan segala-galanya kepada bola sepak," tambahnya.

Ronaldo telah membuat 232 penampilan bersama Portugal dan meledak 146 gol di peringkat antarabangsa.

Beliau mengetuai Portugal meraih gelaran utama pertama negara itu pada Euro 2016 sebelum menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA pada 2019 dan 2025.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Ronaldo yang kelihatan sebak memuji semangat luar biasa yang ditunjukkan para penyokong.

"Piala Dunia kali ini diwarnai dengan semangat orang ramai. Bukan sahaja semangat kami untuk beraksi dalam kejohanan sebesar ini, malah semangat peminat bola sepak dari seluruh dunia," katanya.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok