• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Neymar Sedia Beraksi, Ancelotti Belum Putuskan Kesebelasan Brazil Bertemu Scotland
24 June 2026 | 11:39 AM

Neymar Sedia Beraksi, Ancelotti Belum Putuskan Kesebelasan Brazil Bertemu Scotland

MIAMI - Neymar berada dalam keadaan cergas dan bersedia untuk kembali beraksi bersama Brazil dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Dunia menentang Scotland di Stadium Miami, namun jurulatih Carlo Ancelotti masih belum mengesahkan sama ada penyerang itu akan diturunkan.

Pemain berusia 34 tahun itu dipanggil semula ke skuad Selecao selepas hampir tiga tahun tidak menyarung jersi kebangsaan, tetapi belum beraksi di kejohanan kali ini akibat kecederaan betis.

“Neymar sudah bersedia. Dia menjalani latihan sepanjang minggu ini dan boleh diturunkan. Kami sangat gembira dengan kepulangannya kerana kualitinya mampu membantu pasukan,” kata Ancelotti.

Menurut pengendali dari Itali itu, Neymar menunjukkan komitmen tinggi dalam proses pemulihan selain memainkan peranan penting di luar padang dengan berkongsi pengalaman serta membantu pemain muda.

Ketika ditanya mengenai tempoh permainan yang mampu diharungi Neymar, Ancelotti berseloroh dengan berkata pemain itu mampu bermain selama 90 minit “sambil berjalan”, sebelum menegaskan bahawa penyerang berkenaan berada dalam keadaan baik dan berlatih dengan cemerlang.

Brazil mengumpul empat mata selepas seri 1-1 dengan Morocco dan menewaskan Haiti 3-0 dalam dua aksi awal kumpulan. Kemenangan ke atas Scotland akan memastikan mereka mara ke pusingan 32.

Ancelotti percaya prestasi pasukannya akan terus meningkat selepas mempamerkan aksi lebih baik dalam perlawanan kedua.

“Kami memikul tanggungjawab besar mewakili Brazil di Piala Dunia. Prestasi dalam perlawanan pertama tidak begitu baik, aksi kedua lebih baik dan kami yakin perlawanan ketiga akan menjadi yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Ancelotti perlu mencari pengganti Raphinha yang mengalami kecederaan hamstring, namun enggan mendedahkan pemain yang bakal mengisi tempat tersebut dalam kesebelasan utama.

Scotland pula hadir dengan rekod satu kemenangan dan satu kekalahan serta masih berpeluang merebut tempat sebagai antara lapan pasukan tangga ketiga terbaik.

Bagaimanapun, Ancelotti menjangkakan pasukannya akan berdepan tentangan sengit daripada skuad kendalian Steve Clarke itu.

“Scotland mempunyai kualiti. Mereka berjuang habis-habisan dan bermain dengan tersusun. Scott McTominay dan John McGinn merupakan pemain berpengalaman yang biasa dengan perlawanan seperti ini.

“Tiada lagi perlawanan mudah di Piala Dunia. Kami sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi aksi yang mencabar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok