• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mesir bangkit benam New Zealand 3-1, kukuhkan kedudukan teratas Kumpulan G
22 June 2026 | 11:22 AM

Mesir bangkit benam New Zealand 3-1, kukuhkan kedudukan teratas Kumpulan G

VANCOUVER - Mesir mempamerkan kebangkitan cemerlang pada separuh masa kedua untuk menewaskan New Zealand 3-1 dalam aksi Kumpulan G yang berlangsung di Stadium BC Place, hari ini.

Skuad The Pharaohs terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal New Zealand apabila pertahanan Finn Surman meletakkan All Whites di hadapan pada minit ke-15.

Tersentak dengan gol tersebut, Mesir meningkatkan tekanan dan melancarkan beberapa percubaan ke arah gawang lawan, namun gagal menemui penyudah yang berkesan apabila keputusan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Mesir hanya memerlukan 13 minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Mostafa Ziko yang bijak menyempurnakan hantaran Mohamed Hany pada minit ke-58.

Momentum itu diteruskan sembilan minit kemudian apabila bintang Liverpool, Mohamed Salah, meledak gol kedua hasil gerakan menarik bersama Ziko untuk menghadiahkan kelebihan 2-1 kepada Mesir.

Pasukan juara Afrika tujuh kali itu terus menguasai permainan dan menambah jaringan ketiga menerusi pemain gantian, Trezeguet, yang memanfaatkan umpanan Mohamed Salah.

Kemenangan tersebut meletakkan Mesir di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati apabila mendahului Kumpulan G dengan empat mata. Iran dan Belgium masing-masing mengumpul dua mata, manakala New Zealand berada di tangga tercorot dengan satu mata.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok