• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Bosnia Tetap Yakin Walaupun Bukan Pilihan Menentang Kanada
12 June 2026 | 12:33 PM

Bosnia Tetap Yakin Walaupun Bukan Pilihan Menentang Kanada

TORONTO - Bosnia dan Herzegovina mengakui mereka bukan pasukan pilihan menjelang aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia menentang tuan rumah Kanada, namun skuad Balkan itu bertekad untuk memberikan saingan sengit dan mempertahankan maruah negara di pentas terbesar bola sepak dunia.

Ketua jurulatih Bosnia, Sergej Barbarez, berkata status sebagai pasukan bukan pilihan tidak menjejaskan keyakinan pasukannya untuk tampil kompetitif dalam kejohanan berprestij itu.

“Kami sebuah negara kecil. Ini adalah penampilan kedua kami di Piala Dunia dan sememangnya kami sering dianggap sebagai pasukan underdog dalam kebanyakan perlawanan,” katanya pada sidang media di Toronto.

Bosnia kembali beraksi di Piala Dunia selepas kali terakhir tampil pada edisi 2014 di Brazil. Dalam penampilan sulung mereka ketika itu, Bosnia berjaya meraih satu kemenangan sebelum tersingkir di peringkat kumpulan.

Menurut Barbarez, kejayaan melayakkan diri ke kejohanan kali ini sudah cukup membuktikan kemampuan pasukannya, terutama selepas menyingkirkan Itali menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi kelayakan.

“Jika melihat perjalanan dan keputusan yang kami capai, saya fikir pasukan ini layak mendapat penghargaan atas usaha mereka,” katanya.

Walaupun hadir ke kejohanan sebagai pasukan ranking ke-64 dunia, Bosnia tetap optimis mampu mencipta kejutan dan memberi cabaran kepada lawan yang lebih tinggi kedudukannya.

Bosnia turut menerima suntikan semangat dengan kembalinya kapten berpengalaman, Edin Dzeko. Penyerang berusia 40 tahun itu disahkan pulih daripada kecederaan bahu dan dijangka diturunkan dalam pertemuan menentang Kanada esok.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok