• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Siren Nasihat Tsunami Dibunyikan Di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu
08 June 2026 | 06:19 PM

Siren Nasihat Tsunami Dibunyikan Di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) - Siren nasihat tsunami dibunyikan di pantai sekitar Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat, susulan gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, pagi tadi.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan agensi keselamatan juga sedang memantau situasi itu secara rapi dari semasa ke semasa.

“Saya menggesa semua penduduk di kawasan terlibat untuk memberikan kerjasama penuh dan mematuhi serta-merta segala arahan evakuasi atau keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan demi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

“Pada masa sama, sila elakkan daripada mendekati kawasan pantai dalam tempoh masa yang dinyatakan demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Gegaran akibat gempa yang berlaku pada kedalaman 50 kilometer (km) pada jarak 97 km selatan dari Koronadal City, Filipina itu dilaporkan turut dirasai di Sabah melibatkan Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.

Arthur berkata MetMalaysia akan terus memantau dengan teliti sebarang perkembangan berhubung aktiviti gempa susulan serta risiko tsunami dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mencetuskan kegusaran awam.

“Sama-sama kita doakan agar keselamatan seluruh penduduk di kawasan terlibat sentiasa terpelihara,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok