• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo, Messi Kini Bilionair Menjelang Piala Dunia 2026
08 June 2026 | 05:34 PM

Ronaldo, Messi Kini Bilionair Menjelang Piala Dunia 2026

LONDON – Dua legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dilaporkan telah mencapai status bilionair menjelang Piala Dunia 2026 yang dijangka menjadi pentas terakhir mereka di kejohanan terbesar dunia itu.

Menurut laporan Forbes, kedua-dua bintang berkenaan bukan sahaja mencipta sejarah di atas padang, malah turut membina empayar kewangan yang meletakkan mereka dalam kelompok elit sukan global.

Messi, 38, dianggarkan mengumpul pendapatan sekitar £1.2 bilion (RM6.51 bilion) sepanjang kariernya menerusi kontrak bersama Barcelona, Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Miami CF.

Ronaldo pula mencatat peningkatan ketara dalam pendapatannya selepas menyertai Al Nassr pada 2023. Kapten Portugal itu dilaporkan menerima kontrak bernilai £178 juta (RM965 juta) setahun, tidak termasuk bonus, menjadikan jumlah pendapatan kerjayanya mencecah kira-kira £1.26 bilion (RM6.84 bilion).

Selain pendapatan di atas padang, kedua-dua pemain terus menjana puluhan juta pound setiap tahun melalui perjanjian penajaan dan kerjasama komersial dengan jenama antarabangsa.

Ronaldo, 41, dilaporkan memperoleh sekitar £48 juta (RM260 juta) setahun menerusi aktiviti media sosial dan kerjasama dengan jenama seperti Nike, Herbalife serta jenama peribadinya, CR7.

Messi pula menerima anggaran £44 juta (RM238 juta) setahun hasil penajaan bersama Adidas, Pepsi dan Hard Rock.

Laporan sama menganggarkan nilai kekayaan bersih Ronaldo kini sekitar £1.4 bilion (RM7.6 bilion), manakala Messi memiliki kekayaan dianggarkan £1.2 bilion (RM6.51 bilion).

Kedua-dua ikon itu turut menyertai bekas kapten England, David Beckham, yang dilaporkan mencapai status bilionair tahun ini.

Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dijangka menjadi penampilan terakhir Ronaldo dan Messi di pentas global.

Messi berpeluang mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya bersama Argentina pada edisi 2022 di Qatar, manakala Ronaldo masih memburu trofi Piala Dunia pertama dalam kariernya selepas meraih kejayaan di Kejohanan Eropah (Euro) dan Liga Negara-Negara UEFA bersama Portugal.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok