• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Shakira Bakal Gegarkan Pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 di Mexico
05 June 2026 | 01:41 PM

Shakira Bakal Gegarkan Pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 di Mexico

NEW JERSEY - Penyanyi pop antarabangsa dari Colombia, Shakira, bakal menjadi tumpuan utama pada majlis pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 apabila mempersembahkan lagu rasmi kejohanan itu di Estadio Azteca, Mexico.

Penyanyi yang terkenal dengan beberapa lagu tema Piala Dunia sebelum ini akan bergandingan dengan artis Nigeria, Burna Boy, menerusi lagu berjudul Dai Dai sebelum aksi pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan pada 11 Jun.

Judul lagu tersebut diambil daripada frasa bahasa Itali yang membawa maksud “ayuh” atau “jom kita pergi”, selari dengan semangat kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Majlis pembukaan di Mexico City turut dimeriahkan oleh bintang reggaeton Colombia, J Balvin, serta penyanyi dan penulis lagu Afrika Selatan, Tyla.

Sebagai edisi pertama yang dianjurkan bersama oleh tiga negara, FIFA turut merancang majlis pembukaan khas di setiap negara tuan rumah iaitu Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Di Kanada, penyanyi terkenal Michael Bublé dan Alanis Morissette akan mengetuai persembahan pembukaan di BMO Field menjelang perlawanan antara Kanada dan Bosnia and Herzegovina pada 12 Jun.

Sementara itu, peminat di Amerika Syarikat bakal dihiburkan dengan persembahan bintang pop Katy Perry dan rapper Future di SoFi Stadium sebelum perlawanan pembukaan pasukan tuan rumah menentang Paraguay.

Shakira juga dijadualkan kembali beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 pada 19 Julai menerusi pertunjukan separuh masa yang diinspirasikan daripada format Super Bowl. Persembahan istimewa itu turut menampilkan legenda pop Madonna serta kumpulan K-pop terkenal, BTS.

Penyertaan barisan artis antarabangsa itu dijangka menjadikan Piala Dunia FIFA 2026 bukan sahaja pentas bola sepak terbesar dunia, malah sebuah festival hiburan global yang dinanti-nantikan peminat dari seluruh dunia.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok