• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Podium di Mugello Suntik Semangat Hakim Danish Hadapi Cabaran Hungary
03 June 2026 | 06:35 PM

Podium di Mugello Suntik Semangat Hakim Danish Hadapi Cabaran Hungary

KUALA LUMPUR – Kejayaan meraih podium pada Grand Prix (GP) Itali minggu lalu menjadi suntikan motivasi buat pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, menjelang aksi pusingan seterusnya Moto3 di Hungary hujung minggu ini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mengakui pengalaman bersaing dalam kelompok hadapan di Litar Mugello memberikan banyak pengajaran berharga, khususnya dalam aspek pengurusan perlumbaan dan ketenangan ketika berdepan pelumba terbaik dunia.

Hakim Danish mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus menamatkan kemarau podium Malaysia dalam kategori Moto3 sejak pencapaian terakhir oleh Khairul Idham Pawi di GP Argentina dan GP Jerman pada 2016.

Menurut pelumba berusia 19 tahun itu, kejayaan di Mugello meningkatkan keyakinan serta semangatnya untuk terus bersaing di kelompok hadapan.

“Selepas perlumbaan di Mugello, saya berasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi perlumbaan di Hungary. Banyak pengalaman berharga yang saya peroleh apabila berada dalam kelompok depan.

“Saya belajar bagaimana mengendalikan jentera dengan lebih baik terutama pada lima pusingan terakhir, selain memahami cara bersaing dengan pelumba yang sangat pantas,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran di Hungary, Hakim Danish berkata dia perlu segera menyesuaikan diri dengan Litar Balaton Park yang masih belum pernah dilumbainya.

“Litar Balaton Park adalah litar baharu bagi saya. Fokus utama adalah menyesuaikan diri secepat mungkin dan memastikan saya mampu tampil kompetitif sejak sesi latihan bebas pertama lagi,” katanya.

Selepas tujuh pusingan musim ini, Hakim Danish berada di kedudukan ke-11 keseluruhan Moto3 dengan kutipan 43 mata.

Perlumbaan di Hungary dilihat sebagai peluang terbaik buat pelumba negara itu meneruskan momentum positif yang dibina di Mugello, sekali gus mengukuhkan lagi keyakinannya untuk mencabar kedudukan teratas dalam saingan Moto3 musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok