• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Suara Ikonik Disney, Peabo Bryson Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun
03 June 2026 | 06:17 PM

Suara Ikonik Disney, Peabo Bryson Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun

LOS ANGELES – Penyanyi legenda R&B, Peabo Bryson, yang terkenal menerusi lagu tema Disney seperti Beauty and the Beast dan A Whole New World, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Menurut laporan USA Today, keluarga Bryson mengesahkan pemenang dua Anugerah Grammy itu menghembuskan nafas terakhir pada Selasa malam selepas mengalami strok beberapa hari sebelum itu.

Dalam satu kenyataan, keluarganya menyifatkan pemergian penyanyi tersebut sebagai kehilangan besar, namun bersyukur kerana karya dan pengaruhnya telah menyentuh jutaan peminat di seluruh dunia.

“Walaupun hati kami hancur dengan pemergiannya, kami berasa tenang apabila mengetahui betapa ramai yang menyayangi Peabo. Legasi dan muziknya akan terus hidup untuk generasi akan datang,” kata keluarga mendiang.

Bryson dikenali menerusi suara emasnya yang menghiasi pelbagai lagu cinta dan balada R&B sepanjang lebih lima dekad karier seni. Selain lagu duet bersama Celine Dion dan Regina Belle, beliau turut popular menerusi lagu seperti Feel the Fire, I'm So Into You dan Can You Stop the Rain.

Dilahirkan di South Carolina, Amerika Syarikat, Bryson memulakan kerjaya muzik bersama kumpulan Moses Dillard and the Tex-Town Display sebelum melancarkan kerjaya solo dan merakamkan album di bawah beberapa syarikat rakaman utama termasuk Capitol Records, Elektra Records dan Columbia Records.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut berduet dengan beberapa nama besar industri muzik seperti Roberta Flack dan Natalie Cole. Lagu Tonight, I Celebrate My Love bersama Flack kekal sebagai antara lagu cinta paling ikonik era 1980-an.

Bryson juga mencatat kejayaan menerusi lagu Show & Tell dan Can You Stop the Rain yang menduduki tangga teratas carta R&B Amerika Syarikat.

Selain muzik, beliau pernah terlibat dalam pementasan teater terkenal seperti Raisin, The Wiz dan Porgy and Bess. Pada 2018, beliau kembali aktif menerusi album studio ke-21 berjudul Stand for Love yang diterbitkan oleh Jimmy Jam dan Terry Lewis.

Mendiang sebelum ini dilaporkan mengalami strok pada penghujung Mei lalu dan menerima rawatan rapi. Pada 2019, beliau pernah menjalani rawatan selepas mengalami serangan jantung sebelum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, pelawak dan pengacara televisyen Loni Love turut berkongsi kenangan bersama Bryson menerusi media sosial, menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang individu yang mesra dan penuh semangat terhadap muzik.

Keluarga Bryson memaklumkan bahawa butiran mengenai majlis penghormatan terakhir dan sambutan memperingati kehidupannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok