• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pendaki Malaysia Cedera Parah di Gunung Rinjani Berjaya Diselamatkan
26 May 2026 | 09:19 PM

Pendaki Malaysia Cedera Parah di Gunung Rinjani Berjaya Diselamatkan

JAKARTA – Seorang pendaki rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani di Lombok berjaya diselamatkan menggunakan helikopter pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chye Connsynn dan diterbangkan ke Bali untuk menerima rawatan lanjut di hospital.

Ketua Pejabat SAR Mataram, Muhamad Hariyadi berkata, mangsa mengalami kecederaan serius sehingga tidak mampu menggerakkan badan.

Menurut beliau, mangsa sebelum itu dibawa oleh malim gunung dan kumpulan penunjuk arah ke kawasan Pelawangan 2 Sembalun bagi mendapatkan bantuan awal.

Cubaan menyelamat menggunakan helikopter milik PT SGi Air Bali pada petang semalam gagal akibat cuaca buruk dan kabus tebal di kawasan pergunungan berkenaan.

Keadaan jarak penglihatan yang terhad memaksa helikopter berpatah balik ke pangkalan di Bali atas faktor keselamatan.

Atas nasihat pihak klinik Nusa Medica, mangsa tidak dibenarkan bergerak dan terpaksa bermalam di gunung dengan pemantauan pasukan penyelamat serta jururawat.

Helikopter berkenaan berjaya berlepas semula pada pukul 8.05 pagi tadi sebelum tiba di helipad Benoa, Bali kira-kira sejam kemudian.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Rumah Sakit Inmedika Sanur, Bali.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok