• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah Secara Berperingkat
25 May 2026 | 04:17 PM

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah Secara Berperingkat

MAKKAH, 25 Mei (Bernama) - Sebanyak 31,600 jemaah Malaysia dalam kalangan 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini mula bergerak ke Arafah secara berperingkat sejak 7.30 pagi tadi bagi menunaikan ibadah wukuf esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pergerakan jemaah ke kawasan masyair (fasa kemuncak ibadat haji) berjalan lancar dan dijangka selesai sepenuhnya hari ini.

“Alhamdulillah, sampailah masanya hari yang bersejarah apabila bermulanya jemaah haji Malaysia, duyufurrahman, bergerak ke masyair.

“Kita bermula dari 7.30 pagi dan insya-Allah akan sempurnakan semuanya hari ini. Mereka akan memulakan wukuf bermula esok,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25 bas disediakan bagi setiap maktab untuk membawa semua jemaah di tujuh hotel penginapan secara tiga peringkat menuju ke Arafah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Makkah.

Zulkifli berkata pergerakan jemaah haji Malaysia ke Padang Arafah membabitkan tiga pusingan utama menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

“Tiga pusingan pergerakan jemaah bagi setiap maktab melibatkan trip pertama bermula pada 7.30 pagi,” katanya.

Zulkifli turut menasihatkan jemaah supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca panas terutama pada waktu tengah hari.

“Kita nasihat supaya terus fokus. Cuaca panas, jangan keluar pada waktu tengah hari. Kita tidak mahu ada yang tergugat kesihatannya. Kita mahu pastikan jemaah fokus kepada ibadah dan mengikuti segala bimbingan daripada maktab serta khemah yang disediakan,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan hari wukuf 9 Zulhijah jatuh pada Selasa (26 Mei), manakala Rabu sebagai hari pertama Aidiladha di negara itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok