• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo bawa Al-Nassr julang Liga Pro Saudi selepas penantian enam tahun
22 May 2026 | 11:52 AM

Ronaldo bawa Al-Nassr julang Liga Pro Saudi selepas penantian enam tahun

RIYADH: Cristiano Ronaldo muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu Al-Nassr menewaskan Damac 4-1 sekali gus menjulang kejuaraan Liga Pro Saudi pada aksi terakhir musim ini.

Kemenangan itu memastikan Al-Nassr menamatkan saingan dengan 86 mata, dua mata di depan pencabar terdekat, Al-Hilal yang turut menang 1-0 ke atas Al-Fayha namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua.

Kejayaan berkenaan menamatkan penantian enam tahun Al-Nassr untuk kembali bergelar juara liga sejak kali terakhir memenangi trofi itu pada 2019.

Ia juga menjadi kejuaraan liga pertama Ronaldo bersama Al-Nassr sejak menyertai kelab berkenaan pada penghujung 2022.

Al-Nassr membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi tandukan Sadio Mane hasil sepakan penjuru Joao Felix.

Kingsley Coman kemudian menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-52 selepas melepasi beberapa pemain pertahanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti.

Damac cuba bangkit apabila Morlaye Sylla menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58 untuk merapatkan kedudukan.

Bagaimanapun, Ronaldo mematahkan harapan pelawat lima minit kemudian menerusi sepakan percuma menarik yang menjadikan kedudukan 3-1.

Bekas bintang Portugal itu melengkapkan kemenangan bergaya Al-Nassr pada minit ke-81 apabila menyambar bola muntah hasil kegagalan pertahanan Damac mengeluarkan hantaran lintang sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru atas gol.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok