• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Semangat Luar Biasa Bawa Kuching City Tempah Tiket ACL 2
19 May 2026 | 10:58 AM

Semangat Luar Biasa Bawa Kuching City Tempah Tiket ACL 2

Kuching City terus melakar sejarah apabila berjaya mengesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) musim depan selepas menewaskan Kuala Lumpur City 1-0 di Stadium Negeri, kelmarin.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan The Cats, malah turut menafikan peluang pencabar terdekat, Selangor FC untuk layak ke pentas Asia.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, kejayaan luar biasa pasukannya musim ini banyak didorong oleh karakter pemain yang tidak pernah berputus asa sepanjang kempen liga.

Menurutnya, semangat juang tinggi yang dipamerkan pemain menjadi kunci utama buat Kuching City mengharungi cabaran musim yang panjang dan penuh tekanan.

“Aksi liga ini ibarat larian maraton, bukan pecutan 100 meter. Setiap kali pasukan tidak berada di tahap terbaik, pemain tetap bangkit dan menunjukkan karakter sebenar mereka,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pencapaian musim ini sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat kelab apabila berjaya mencipta beberapa rekod baharu termasuk layak ke ACL 2, menduduki tangga kedua Liga Super serta mara ke final Piala Malaysia.

Dalam perlawanan tersebut, pemain import, Jerome Etame muncul wira pasukan menerusi jaringan tunggal kemenangan.

Aidil dalam masa sama turut memuji sokongan padu penyokong yang sentiasa bersama pasukan sepanjang musim ini.

“KL City adalah pasukan yang kuat dan tekanan sentiasa ada, tetapi pemain tahu apa yang kami mahukan dalam perlawanan ini.

“Kami berjaya mendapatkan gol pada babak pertama dan mencipta beberapa lagi peluang pada separuh masa kedua. Saya percaya pemain sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok