• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Argentina Mahu Hadiahkan Piala Dunia 2026 Buat Messi
13 May 2026 | 12:30 PM

Argentina Mahu Hadiahkan Piala Dunia 2026 Buat Messi

BUENOS AIRES – Skuad Argentina bertekad menghadiahkan penamat paling sempurna buat kapten mereka, Lionel Messi dengan mempertahankan kejuaraan Piala Dunia 2026 yang bakal membuka tirai secara rasmi pada 12 Jun depan.

Pertahanan La Albiceleste, Nicolas Tagliafico menegaskan seluruh pemain akan terus berdiri teguh di belakang Messi sehingga legenda itu membuat keputusan untuk bersara daripada arena antarabangsa.

Menurutnya, kehadiran Messi masih menjadi nadi penting pasukan selain berperanan sebagai pemimpin utama di bilik persalinan Argentina.

“Messi memberi makna besar kepada pasukan kerana dia adalah kapten dan pemimpin kami. Seluruh pasukan akan terus menyokongnya sehingga penghujung karier seperti yang kami lakukan selama ini.

“Kami mahu terus bekerja bersama-sama seperti ketika menjuarai Piala Dunia lalu dan cuba mempertahankan gelaran supaya kejohanan kali ini menjadi satu lagi kenangan istimewa buat penyokong,” katanya.

Sebagai rekod, Messi yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 disenaraikan dalam kelompok 55 pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Lionel Scaloni sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, Scaloni turut mencetuskan kejutan apabila tidak menyenaraikan bintang AS Roma, Paulo Dybala yang kali terakhir bersama skuad kebangsaan pada 2024.

Selain Messi, beberapa nama lain yang turut mencuri perhatian ialah pemain muda Chelsea, Alejandro Garnacho serta tonggak Benfica, Gianluca Prestianni.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok