• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tel jadi wira dan pesalah ketika Spurs terus diburu penyingkiran EPL
12 May 2026 | 10:48 AM

Tel jadi wira dan pesalah ketika Spurs terus diburu penyingkiran EPL

LONDON: Tottenham Hotspur terus berada dalam tekanan perebutan kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar seri 1-1 menentang Leeds United di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Mathys Tel muncul watak utama perlawanan apabila menjaringkan gol pembukaan Spurs sebelum menghadiahkan penalti kepada Leeds yang membawa kepada gol penyamaan pelawat.

Pemain muda Perancis itu memecah kebuntuan lima minit selepas babak kedua bermula menerusi rembatan lencong menarik hasil situasi sepakan penjuru Pedro Porro untuk menggembirakan penyokong tuan rumah.

Namun kelebihan Spurs tidak bertahan lama apabila Tel melakukan percubaan berbahaya untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti sendiri sekitar 20 minit sebelum tamat permainan.

Percubaan sepakan guntingnya terkena kepala kapten Leeds, Ethan Ampadu, menyebabkan pengadil Jarred Gillett menghadiahkan penalti selepas semakan VAR dilakukan. Dominic Calvert-Lewin kemudian tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk memastikan Leeds membawa pulang satu mata.

Pada penghujung aksi, Tottenham hampir menerima tamparan lebih besar namun penjaga gol Antonin Kinsky bertindak cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting bagi mengelak Leeds mencuri kemenangan.

Keputusan itu menyaksikan Spurs kini hanya dua mata di depan West Ham United yang berada di tangga ke-18 dengan dua lagi perlawanan berbaki musim ini.

West Ham sebelum itu tewas 0-1 kepada Arsenal, keputusan yang turut mengesahkan Leeds United dan Nottingham Forest kekal dalam EPL musim depan. Wolves dan Burnley pula sudah sah tersingkir.

Pengendali Tottenham, Roberto De Zerbi berkata pasukannya masih yakin mampu mempertahankan status EPL meskipun terus berada dalam tekanan.

“Ketika kami kalah kepada Sunderland, sukar untuk membayangkan kami boleh berada dua mata di atas zon penyingkiran dengan baki dua perlawanan.

“Kami perlu kekal positif dan terus bekerja keras. Pasukan ini memiliki kualiti untuk mendapatkan mata dan kekal dalam liga.

“Dalam situasi seperti ini, semangat juang sangat penting. Kami akan terus berjuang hingga penghujung musim,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Leeds turut mencipta beberapa peluang awal termasuk tandukan Joe Rodon yang berjaya ditepis Kinsky pada minit ke-21, manakala Joao Palhinha mensia-siakan peluang keemasan apabila rembatan jarak dekatnya tersasar tinggi.

Spurs kini perlu mengutip mata maksimum dalam baki aksi musim ini bagi memastikan mereka tidak tersingkir dari EPL.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok