• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jalil Hamid ada karakter istimewa
05 May 2026 | 01:47 PM

Jalil Hamid ada karakter istimewa

KUALA LUMPUR - Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid, yang menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari semalam.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai kehilangan besar oleh pencetus idea filem Bisik Pada Langit, Saniboey Mohd Ismail. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menyifatkan Jalil bukan sekadar pelakon, tetapi cerminan figura seorang ayah yang penuh emosi tegas di luar, namun rapuh di dalam.

Menurutnya, lakonan Jalil dalam filem arahan Kabir Bhatia itu berjaya menghidupkan watak bapa dengan begitu mendalam, sehingga menyentuh hati penonton dan menggambarkan kasih sayang seorang ayah yang sukar diluahkan.

Sementara itu, pelakon Ummi Nazeera meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat merealisasikan hasrat untuk bekerjasama dengan Allahyarham dalam projek arahannya yang terbaru. Ummi berkongsi bahawa Jalil adalah antara pilihan utama untuk membawakan watak bapa dalam telefilem sulung arahannya, namun kekangan jadual menghalang perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Walaupun kecewa, beliau tetap bersyukur kerana pernah berpeluang bergandingan dengan Allahyarham sebagai anak dalam Bisik Pada Langit, pengalaman yang disifatkannya sebagai kenangan berharga sepanjang hayat.

Filem Bisik Pada Langit, yang ditayangkan pada 2017, pernah mencetuskan fenomena tersendiri dengan jalan cerita kekeluargaan yang menyentuh emosi dan dekat dengan masyarakat.

Pemergian Allahyarham turut dirasai ramai selebriti tanah air termasuk Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Fizo Omar dan Bell Ngasri, yang masing-masing berkongsi ucapan takziah dan kenangan bersama beliau.

Menurut laporan, Jalil meninggal dunia dalam tidur sekitar jam 12.30 tengah hari di kediamannya di Taman Alam Megah. Berita duka itu dimaklumkan oleh anak kelimanya, Afiqah Jalil, menerusi Instagram.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hayati Sariat, serta enam orang anak.

Pemergian beliau bukan sahaja meninggalkan kekosongan dalam dunia seni, malah kehilangan seorang figura yang berjaya menyentuh hati masyarakat melalui lakonan yang penuh keikhlasan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok