• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Chelsea Catat Rekod Terburuk Dalam 33 Tahun Selepas Tewas Kepada Forest
05 May 2026 | 01:30 PM

Chelsea Catat Rekod Terburuk Dalam 33 Tahun Selepas Tewas Kepada Forest

LONDON: Chelsea FC terus terjerumus ke dalam krisis apabila mencatat kekalahan keenam berturut-turut dalam liga yang pertama sejak 1993 selepas tunduk 1-3 kepada Nottingham Forest di Stamford Bridge.

Kekalahan itu hampir menjadi lebih memalukan buat The Blues apabila mereka nyaris mengharungi enam perlawanan tanpa menjaringkan gol. Namun, jaringan lewat Joao Pedro menerusi sepakan gunting pada minit ke-93 sekadar mengurangkan tekanan.

Prestasi merosot menyaksikan Chelsea kini sekadar berharap musim segera berakhir, dengan hanya tiga perlawanan berbaki dan tiada ancaman penyingkiran. Namun, statistik semasa menunjukkan mereka lebih teruk berbanding Burnley dan Wolverhampton Wanderers sejak pertengahan Mac.

Dalam aksi menentang Forest yang dikendalikan Vitor Pereira, Chelsea tampak longlai di semua posisi serangan tumpul, bahagian tengah gagal mengawal permainan, dan pertahanan mudah ditembusi.

Malam malang itu turut menyaksikan dua kecederaan serius: pemain muda Jesse Derry dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kepala dalam penampilan sulung liga, manakala penjaga gol Robert Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas pertembungan.

Peluang terbaik Chelsea untuk bangkit juga tidak dimanfaatkan apabila Cole Palmer gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukan ketinggalan 0-2.

Gol ketiga Forest oleh Taiwo Awoniyi pada minit ke-52 mencetuskan kemarahan penyokong, dengan sorakan boo bergema di Stamford Bridge, disasarkan kepada pemilik kelab dari Amerika Syarikat.

Sejak pengambilalihan empat tahun lalu, lebih £1 bilion telah dibelanjakan untuk pembelian pemain, namun hasil di atas padang masih mengecewakan.

Harapan sebelum ini sempat kembali selepas Chelsea menjuarai FIFA Club World Cup dan UEFA Europa Conference League, tetapi prestasi mula merudum selepas dibelasah Paris Saint-Germain 2-5 dalam aksi UEFA Champions League pada 11 Mac lalu.

Kemerosotan itu turut membawa kepada pemecatan Liam Rosenior hanya tiga bulan selepas menggantikan Enzo Maresca.

Walaupun berjaya mara ke final FA Cup Final menentang Manchester City pada 16 Mei, Chelsea berdepan risiko menamatkan musim liga di kedudukan terendah dalam beberapa dekad.

Mereka kini hanya lima mata di atas Leeds United di tangga ke-14 kedudukan terburuk sejak musim 1993-94 dan bakal berdepan ujian sukar menentang Liverpool selepas ini.

Kegagalan layak ke saingan Eropah dijangka memberi kesan besar kepada kewangan kelab, yang baru melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak £262.4 juta tertinggi dalam bola sepak England.

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher, menyifatkan hubungan antara penyokong, pemain dan pengurusan kini “terputus sepenuhnya”.

“Ia membuktikan bola sepak bukan sekadar soal wang dan pembelian pemain,” katanya kepada Sky Sports.

“Chelsea ketika ini kelihatan seperti sebuah kelab yang sudah rosak.”

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok