• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jalil Hamid Luah Hasrat Miliki Kediaman Baharu Jauh Daripada Kesibukan - Anak
05 May 2026 | 01:11 PM

Jalil Hamid Luah Hasrat Miliki Kediaman Baharu Jauh Daripada Kesibukan - Anak

SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) - Pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid ada meluahkan keinginan memiliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan sehari sebelum beliau meninggal dunia tengah hari tadi.

Anaknya Afiqah, 33, menyifatkan luahan itu seolah-olah menjadi petanda bapanya akan pergi, walaupun semasa itu tiada perubahan ketara dilihat pada tahap kesihatan Allahyarham.

“Kami makan malam bersama di rumah semalam dan semasa bersembang, ayah beritahu terasa hendak membeli rumah tetapi tidak mahu yang terletak di tepi lebuh raya. Bila teringat, mungkin ini rumah yang dimaksudkan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini hari ini.

Afiqah, anak kelima daripada enam beradik berkata bapanya menghidap masalah jantung bengkak menyebabkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak kesampaian.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham dilaporkan stabil dan sepatutnya menjalani penggambaran malam ini selain merancang ke Singapura bagi menghadiri pelancaran buku biografinya pada minggu hadapan.

“Meskipun tidak dapat ke Tanah Suci, ayah tetap aktif seperti biasa. Pagi tadi ibu memaklumkan ayah berehat selepas solat subuh, namun apabila diperiksa semula kira-kira 12 tengah hari, beliau sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Afiqah berkata dimaklumkan perkara itu semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, menyebabkan dirinya segera berpatah balik ke rumah.

Wanita itu berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai, apatah lagi bapanya baru menyambut ulang tahun kelahiran pada 25 April selain menyifatkan kesempatan merakamkan lagu dengan arwah sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga.

“Saya memohon maaf bagi pihak ayah jika ada mengguris hati sesiapa dan meminta agar semua pihak menghalalkan segalanya serta mendoakan yang terbaik buat beliau,” katanya.

Jalil, 69, atau nama sebenar Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di rumahnya di sini pada 12.30 tengah hari dan jenazahnya selamat dikebumikan pada 5.50 petang tadi.

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Tamimi Siregar, Tam Spider, Herman Tino dan Nabil Ahmad.

Allahyarham mula aktif dalam industri seni lebih 40 tahun lepas dan dikenali sebagai artis serba boleh termasuk sebagai pelakon komedi dan juga membintangi filem serta drama yang menyentuh hati peminat seni tanah air.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok