• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester United Hampir Tempah Tiket Liga Juara-Juara Selepas Tewaskan Brentford
28 April 2026 | 12:01 PM

Manchester United Hampir Tempah Tiket Liga Juara-Juara Selepas Tewaskan Brentford

MANCHESTER, England – Manchester United semakin hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara UEFA musim depan selepas menundukkan Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Gol awal Casemiro meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum Benjamin Sesko menggandakan kelebihan menjelang waktu rehat. Pelawat cuba bangkit menerusi jaringan lewat Mathias Jensen, namun ia tidak cukup untuk menafikan kemenangan United.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga liga, kini 11 mata di hadapan Brighton & Hove Albion di tempat keenam. Dengan lima pasukan teratas dijamin slot Liga Juara-Juara, skuad Red Devils kini hanya memerlukan dua mata daripada baki empat perlawanan untuk mengesahkan kelayakan.

Di bawah kendalian pengurus sementara Michael Carrick, United dilihat semakin stabil selepas mengambil alih tugas daripada Ruben Amorim pada Januari lalu. Kejayaan membawa pasukan kembali ke pentas elit Eropah buat kali pertama sejak musim 2023-24 dijangka menguatkan peluang Carrick untuk dilantik secara tetap oleh pemilik bersama kelab, Jim Ratcliffe.

United kini bersedia menghadapi ujian getir apabila bakal melayan kunjungan musuh tradisi, Liverpool, Ahad ini. Perlawanan itu penting dalam perebutan kedudukan tiga teratas, dengan Liverpool hanya ketinggalan tiga mata di belakang.

Sebelum ini, kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea membantu menghidupkan semula momentum United selepas aksi tidak konsisten menentang Leeds United dan AFC Bournemouth.

Sementara itu, Brentford terus kempunan untuk mencipta sejarah di Old Trafford, dengan kemenangan terakhir mereka di stadium itu kekal sejak tahun 1937.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok