• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester City Cipta Sejarah, Mara Final Piala FA Kali Keempat Berturut-turut
27 April 2026 | 11:01 AM

Manchester City Cipta Sejarah, Mara Final Piala FA Kali Keempat Berturut-turut

LONDON – Pengurus Pep Guardiola meluahkan keterujaan selepas Manchester City mencipta sejarah tersendiri dengan mara ke final Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan itu diraih selepas City bangkit menewaskan Southampton 2-1 dalam aksi separuh akhir di Wembley awal pagi semalam. Pasukan kendalian Guardiola itu ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Finn Azaz pada minit ke-79, sebelum dua gol lewat daripada Jeremy Doku dan Nico Gonzalez memastikan kemenangan dramatik dalam tempoh 10 minit terakhir.

City kali terakhir menjulang trofi tersebut pada 2023 selepas menewaskan Manchester United. Namun, dua final berikutnya menyaksikan mereka tewas kepada United dan Crystal Palace.

“Tiada pasukan pernah mara ke final empat kali berturut-turut. Ini pencapaian luar biasa dan kami mahu teruskan momentum ini,” kata Guardiola.

Dalam perlawanan tersebut, Guardiola melakukan lapan pertukaran daripada kesebelasan utama yang menewaskan Burnley sebelum ini. Keputusan itu menyaksikan City bergelut pada babak pertama apabila Southampton lebih menguasai permainan.

Situasi berubah pada separuh masa kedua apabila kemasukan Erling Haaland, Doku dan Bernardo Silva memberi impak besar, sekali gus memperbaiki corak permainan City walaupun sempat dikejutkan dengan gol pendahuluan lawan.

Guardiola menjelaskan, kepantasan pemain sayap seperti Doku dan Savinho menjadi faktor utama kebangkitan pasukannya.

“Ia sukar pada babak pertama, tetapi perubahan taktikal membantu kami mengawal permainan,” ujarnya.

Mengulas peluang memburu trebel domestik seperti tahun 2019, Guardiola enggan terlalu jauh berfikir, sebaliknya mahu pasukannya kekal fokus.

“Perjalanan masih panjang. Kami ada perlawanan menentang Aston Villa sebelum final. Buat masa ini, saya mahu pemain berehat dan tidak terlalu memikirkan soal bola sepak,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok