• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Salah Faham Liza Hanim–Ameng Spring Selesai Secara Baik
25 April 2026 | 02:49 PM

Salah Faham Liza Hanim–Ameng Spring Selesai Secara Baik

KUALA LUMPUR: Isu perselisihan faham yang tular melibatkan penyanyi Liza Hanim dan vokalis kumpulan Spring, Ameng Spring, akhirnya disahkan selesai.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Ameng, Sabariah Zakariah, menerusi satu hantaran di Instagram, yang menjelaskan kemelut berkenaan berpunca daripada salah faham semata-mata.

Menurut Sabariah, Liza telah menghubungi mereka secara peribadi bagi memohon maaf.

“Alhamdulillah, pada petang Jumaat yang mulia ini, kemelut akibat salah faham antara Liza dan suami saya telah diselesaikan dengan baik. Liza sendiri menghubungi kami untuk memohon maaf dan kami menghargai keikhlasan itu,” katanya.

Dalam hantaran sama, Sabariah turut berkongsi gambar Liza bersama Ameng serta tangkap layar mesej permohonan maaf yang dihantar penyanyi itu. Liza mengakui kesilapan berlaku kerana mengikut emosi, selain menjelaskan reaksinya didorong naluri sebagai seorang ibu.

Sebelum ini, Ameng menjelaskan kenyataannya dalam satu sesi siaran langsung TikTok tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya khusus buat anaknya, Azeva Natassha, yang sedang bertanding dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM).

Beliau turut menafikan kenyataan itu menyentuh kemenangan anak Liza, Marsya Qistina, yang menjuarai musim pertama program berkenaan. Sebaliknya, ia merupakan nasihat umum berdasarkan pengalaman dalam industri hiburan bahawa kemenangan tidak semestinya menjamin populariti.

Sabariah menegaskan suaminya berhak mempertahankan diri daripada salah tanggapan, namun memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

“Apa sahaja tanggapan yang timbul, biarlah. Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut,” katanya.

Beliau turut menegaskan tiada dendam atau isu berpanjangan antara kedua-dua pihak dan berharap perkara itu dihentikan di situ.

“Apa yang berlaku, biarlah berlalu. Kami doakan Liza sekeluarga sentiasa diberkati dan bahagia. Kepada semua, hentikan sahaja di sini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sabariah turut merakamkan penghargaan kepada peminat dan rakan-rakan yang terus menyokong Ameng sepanjang isu tersebut.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok