• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sufian Suhaimi Hitung Hari Jadi ‘Daddy Pian’, Cahaya Mata Sulung Bakal Tiba
14 April 2026 | 10:02 AM

Sufian Suhaimi Hitung Hari Jadi ‘Daddy Pian’, Cahaya Mata Sulung Bakal Tiba

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi kini menghitung hari untuk bergelar bapa apabila isterinya, Rania Al Sadat, dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka dalam masa terdekat.

Sufian, 34, mengesahkan kandungan isterinya sudah memasuki trimester akhir dan kini mencecah hampir 37 minggu. Menurutnya, mereka hanya menunggu masa untuk menyambut kelahiran bayi pertama.

“Memang betul, saya bakal jadi seorang bapa. Selepas ini bolehlah panggil saya ‘Daddy Pian’,” katanya berseloroh.

Pelantun lagu Di Matamu itu berkata, segala persiapan fizikal seperti kelengkapan bayi sudah disediakan. Namun, dari sudut emosi dan mental, dia mengakui masih berdebar menanti pengalaman baharu sebagai seorang ayah.

“Bila tanya kawan-kawan, tiada siapa pun yang benar-benar bersedia sepenuhnya untuk anak pertama. Jadi saya rasa perkara itu normal, cuma saya sangat teruja,” katanya ketika ditemui pada sebuah acara di ibu negara.

Dalam usaha membuat persiapan rapi, pasangan itu turut menghadiri kelas antenatal selain mencari maklumat keibubapaan menerusi media sosial.

“Banyak juga yang kami belajar. Sekarang ini kalau buka TikTok pun penuh dengan tips keibubapaan,” kongsinya.

Mengenai nama bayi, Sufian berkata mereka sudah mempunyai beberapa pilihan, dengan isterinya lebih teruja dalam proses tersebut.

“Biasalah, isteri ‘add to cart’, saya pula ‘checkout’,” katanya berseloroh.

Berkongsi perkembangan isterinya, Sufian meluahkan rasa syukur kerana Rania tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.

“Alhamdulillah, dia sangat kuat. Alahan hanya ringan pada trimester pertama dan tidak banyak muntah. Mengidam pun tiada,” jelasnya.

Tambahnya, isterinya yang aktif turut menjadi pendorong dalam rutin harian mereka, termasuk berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer setiap pagi.

Pasangan ini sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 2 Mei tahun lalu dan kini bersedia melangkah ke fasa baharu sebagai ibu bapa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok