• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jojo Sedia Cabaran Terbesar, Bertemu Bintang Jepun di ONE Samurai 1
31 March 2026 | 10:51 AM

Jojo Sedia Cabaran Terbesar, Bertemu Bintang Jepun di ONE Samurai 1

KUALA LUMPUR: Bintang muda Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, bakal menghadapi ujian paling getir dalam kariernya apabila dijadualkan menentang sensasi Jepun, Shimon Yoshinari, di pentas ONE Samurai 1.

Perlawanan berprofil tinggi itu akan berlangsung di Ariake Arena, Jepun pada 29 April ini, sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai identiti lawan seterusnya buat Johan.

Pengumuman rasmi oleh ONE Championship menamatkan teka-teki yang sebelum ini hanya dibayangkan oleh Johan, atau lebih dikenali sebagai Jojo, mengenai pertarungan besar yang bakal dihadapinya.

Atlet berusia 19 tahun itu dilihat tidak gentar, malah mempamerkan semangat juang tinggi sejurus pengumuman dibuat. Menerusi media sosial, beliau memuat naik mesej ringkas berbunyi, “Demi negaraku, Insya-Allah,” sebagai tanda kesediaan menghadapi cabaran tersebut.

Namun, Yoshinari bukan lawan sembarangan. Petarung muda Jepun itu hadir dengan rekod profesional mengagumkan — 24 kemenangan dan hanya satu kekalahan sepanjang karier Muay Thai.

Prestasinya di pentas ONE Championship juga cemerlang apabila mencatat empat kemenangan daripada lima pertarungan, termasuk dua kemenangan menerusi keputusan sebulat suara juri dan dua lagi melalui knockout teknikal (TKO).

Pertembungan ini dijangka menjadi penentu penting dalam perjalanan karier Johan, selain membuka peluang untuknya mengukuhkan nama di pentas antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok