• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lamar Bella Astillah Di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq Umum Bertunang Hari Ini
28 March 2026 | 12:33 PM

Lamar Bella Astillah Di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq Umum Bertunang Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Hubungan yang bermula atas dasar kerja akhirnya membawa kepada fasa lebih serius apabila selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal mengikat tali pertunangan hari ini.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi hantaran di media sosialnya, tanpa memperincikan butiran majlis, namun disertakan dengan video momen lamaran romantis di atas Gunung Kinabalu di Sabah.

“Saya bertanyakan (melamar), dia berkata ya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang,” menurut hantaran itu.

Hubungan pasangan berkenaan mula menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat kerap bekerjasama dalam beberapa inisiatif, sekali gus menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat sehingga mencetuskan fenomena #BASS dalam media sosial.

Gabungan dua figura daripada dunia hiburan dan politik itu bukan sahaja mencuri tumpuan, tetapi turut dilihat sebagai simbol keserasian yang boleh terjalin daripada matlamat yang sama dalam membantu masyarakat.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok