• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penjawat Awam Boleh Berkerja Dari Rumah Secara Berperingkat - Anwar
27 March 2026 | 10:21 AM

Penjawat Awam Boleh Berkerja Dari Rumah Secara Berperingkat - Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal bagi penjawat awam yang bekerja dari rumah (BDR) bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia berikutan krisis di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi perutusan khas hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan terpilih.

Selain itu, Perdana Menteri menggesa sektor swasta untuk melaksanakan BDR seperti yang dijalankan oleh beberapa syarikat dan bank selama ini.

“Bagi pihak kerajaan, insya-Allah kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan dan ketirisan, serta memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini kekal luar biasa.

“Setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia masih mendapat tarikan dan menjadi pusat pelaburan yang sangat aktif, sepertimana yang telah diumumkan melalui beberapa langkah. Walaupun kemelut dan peperangan berlaku, masih ramai pelabur yang datang,” katanya.

Beberapa negara di Asia Tenggara, termasuk Myanmar, Thailand dan Indonesia, telah memperkenalkan dasar BDR untuk penjawat awam tahun ini bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan api.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengajak rakyat mendoakan agar Malaysia kekal aman, sambil menekankan bahawa semua rakyat, sama ada di sektor awam atau swasta, perlu bekerja gigih dan bersungguh-sungguh.

“Biar kita tingkatkan keupayaan ekonomi dalam setiap ujian dan cabaran daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Keadaan yang berlaku di dunia masih memberi kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan kita,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok