• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Alonso Sedia Kembali ke Anfield? Liverpool Pertimbang Tukar Pengendali
26 March 2026 | 10:16 AM

Alonso Sedia Kembali ke Anfield? Liverpool Pertimbang Tukar Pengendali

LONDON - Spekulasi mengenai masa depan kerusi pengurus Liverpool FC semakin hangat apabila Xabi Alonso dilaporkan terbuka menerima tawaran untuk mengambil alih pasukan itu.

Tekanan kini memuncak ke atas pengendali semasa, Arne Slot, selepas prestasi tidak konsisten menyaksikan The Reds mencatat kekalahan ke-10 dalam English Premier League musim ini. Kekalahan 1-2 kepada Brighton & Hove Albion hujung minggu lalu menyebabkan mereka kini ketinggalan lima mata daripada kelompok empat teratas.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan bahawa Liverpool mungkin gagal mempertahankan gelaran liga, sekali gus meletakkan kedudukan Slot dalam keadaan goyah.

Menurut laporan media Jerman, Bild, pihak pengurusan Liverpool telah mengenal pasti Alonso sebagai calon utama untuk menggantikan Slot. Legenda kelab itu dikatakan berminat untuk kembali ke Anfield, tempat beliau pernah mencipta kejayaan sebagai pemain.

Namun begitu, sebarang pelantikan bergantung kepada beberapa faktor utama termasuk tuntutan kontrak dan kewangan. Alonso juga dilaporkan mahu diberi kuasa penuh dalam membentuk skuad sekiranya dilantik.

Walaupun begitu, bekas pengendali Bayer Leverkusen itu tidak bercadang mengambil alih pasukan sebelum tamat musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool, Michael Edwards, dikatakan sudah lama mengagumi Alonso sejak musim bunga 2024, ketika jurulatih dari Sepanyol itu membawa Leverkusen mencipta sejarah dengan kejuaraan berganda pertama kelab.

Sebelum ini, Alonso pernah menolak peluang menyertai Liverpool dan memilih untuk kekal bersama Leverkusen selepas membantu kelab itu menjuarai liga tanpa kalah. Namun hubungan antara kedua-dua pihak terus kekal rapat.

Ejen Alonso, Inaki Ibanez, turut mengesahkan wujud tawaran serius daripada Liverpool, dengan kelab itu dilihat mempunyai peluang terbaik mendapatkan khidmat jurulatih tersebut yang kini berstatus ejen bebas.

Perkembangan ini menjadikan masa depan Liverpool semakin menarik untuk diperhatikan menjelang penghujung musim.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok