• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Quaresma: Skuad Portugal mahu hadiahkan Piala Dunia buat Ronaldo
24 March 2026 | 10:47 AM

Quaresma: Skuad Portugal mahu hadiahkan Piala Dunia buat Ronaldo

LISBON - Bekas pemain sayap Portugal, Ricardo Quaresma, percaya seluruh skuad kebangsaan bertekad membantu Cristiano Ronaldo merangkul trofi Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam kariernya.

Ronaldo, 41, yang telah memenangi lima Ballon d'Or, dijangka mencipta rekod dengan penampilan keenam di pentas Piala Dunia. Kapten Portugal itu dikatakan mahu menamatkan kariernya dengan gelaran paling berprestij dalam bola sepak, sekali gus menyamai pencapaian seterunya, Lionel Messi.

Sepanjang karier antarabangsa, Ronaldo telah mengumpul 226 penampilan dan menjaringkan 143 gol. Beliau memainkan peranan penting ketika Portugal menjuarai Kejohanan Eropah 2016 serta dua kali memenangi Liga Negara-Negara UEFA.

Namun, ketika ini beliau sedang menjalani proses pemulihan kecederaan dan tidak disenaraikan dalam skuad terkini kendalian Roberto Martínez. Jika kembali cergas, Ronaldo dijangka terus menjadi tonggak utama Portugal yang turut dibarisi pemain seperti Rúben Dias, Bruno Fernandes dan Vitinha.

Menurut Quaresma, kehadiran Ronaldo memberikan dorongan besar kepada pasukan.

“Kami sudah memenangi Liga Negara-Negara, tetapi dengan Cristiano dalam pasukan, keinginan untuk menang menjadi lebih besar. Ini mungkin Piala Dunia terakhirnya, dan semua orang mahu melihat dia menjulang trofi itu,” katanya.

Sementara itu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, Kleberson, turut yakin bintang Portugal itu mempunyai motivasi tinggi untuk melengkapkan koleksi trofinya.

“Dalam dirinya pasti ada keinginan untuk memenangi Piala Dunia sebelum bersara. Ia bukan hanya tentang dirinya, tetapi juga tentang pemain lain yang mahu melengkapkan karier dengan trofi tersebut,” ujar Kleberson.

Quaresma, yang membuat 80 penampilan bersama Portugal dan merupakan sebahagian daripada skuad juara Euro 2016, berharap generasi baharu mampu merealisasikan impian tersebut.

Portugal dijadual memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 pada 17 Jun menentang pemenang playoff antara konfederasi, sebelum berdepan Uzbekistan dan Colombia dalam peringkat kumpulan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok