• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kesetiaan Isteri Jadi Kekuatan, Shamsul Ghau Ghau Terus Bangkit Lawan Strok
24 March 2026 | 10:39 AM

Kesetiaan Isteri Jadi Kekuatan, Shamsul Ghau Ghau Terus Bangkit Lawan Strok

KUALA LUMPUR: Ujian kesihatan yang datang tanpa diduga mengubah sepenuhnya kehidupan pelakon, pengacara dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau, namun di sebalik cabaran itu terserlah kekuatan kasih sayang dalam keluarganya.

Shamsul, atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 58, kini dalam fasa pemulihan selepas mengalami pendarahan beku pada otak dan menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah. Sepanjang tempoh sukar ini, isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, menjadi tonggak utama keluarga.

Menurut Sharifah Azrinah, atau mesra disapa Rina, beliau kini menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk mencari rezeki, mengurus rumah tangga serta menjaga suami yang masih dalam proses pemulihan.

“Buat sementara ini, saya berbakti pada suami. Insya-Allah dia boleh sembuh, cuma memang penat kerana banyak perkara perlu difikirkan,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa keadaan suaminya kini jauh berbeza, terutama dari segi komunikasi dan tahap kecergasan. Shamsul mengambil masa untuk bertutur dan sukar meluahkan apa yang ingin disampaikan.

Walaupun menunjukkan perkembangan positif, pelakon itu masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Sepanjang Ramadan, beliau lebih banyak berehat di rumah berbanding sebelum ini yang aktif dengan pelbagai aktiviti.

“Dia kurang makan, jadi tenaga pun berkurangan. Kebanyakan masa dihabiskan dengan berehat,” katanya, yang dalam masa sama menguruskan perniagaan biskut dan kerepek yang diusahakan sejak lebih sedekad lalu.

Menjelang Aidilfitri, keluarga ini memilih untuk menyambutnya secara sederhana. Mereka merancang pulang ke kampung halaman Shamsul di Kampung Kubu Gajah pada hari raya ketiga bagi menziarahi pusara ibu bapanya.

Sementara itu, Shamsul mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas diserang strok, namun beliau kekal positif demi kesembuhan.

“Doktor kata sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk pemulihan. Saya perlu kuat kerana anak-anak masih bersekolah dan saya mahu kembali bekerja,” katanya.

Bekas anggota kumpulan lawak Senario itu juga mengakui perasaan sedih tetap hadir, namun sokongan keluarga terutama anak-anak menjadi sumber kekuatannya.

Anak sulungnya, Megat Ummar Azahar, 21, kini melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sambil bekerja sambilan sebagai guru gitar. Dua lagi anak mereka turut aktif dalam bidang masing-masing.

Sharifah Azrinah berkata, beliau kini memberi lebih ruang kepada anak-anak untuk berdikari, termasuk menguruskan urusan berkaitan kerjaya bapanya.

“Mereka perlu belajar berdikari kerana suatu hari nanti merekalah yang akan mengambil alih,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok